More

    Semua varian iPhone 14 mungkin akan dilengkapi skrin 120Hz, RAM 6GB

    Siri telefon pintar iPhone 14 tidak akan dilancarkan dalam masa terdekat, namun khabar angin tentangnya telah pun rancak dikhabarkan sejak pelancaran iPhone 13 pada tahun lalu. Kini siri iPhone 14 dikhabarkan bakal dilengkapi teknologi ProMotion dalam semua varian.

    Menurut penganalisis industri teknologi Jeff Pu, teknologi ProMotion iaitu kadar segar semula 120Hz dalam iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max, bakal diperkenalkan dalam semua varian iPhone 14. Ini bermaksud teknologi tersebut mungkin akan ditawarkan dalam varian iPhone 14 standard serta iPhone 14 mini, di samping Pro dan Pro Max.

    Dalam siri iPhone 13, teknologi ProMotion tidak ditawarkan dalam varian iPhone 13 standard dan iPhone 13 mini. Jika maklumat ini benar, iPhone 14 bakal menjadi siri iPhone pertama yang dilengkapi skrin berkadar 120Hz dalam semua varian.

    Ia juga bakal menjadi antara telefon terakhir yang memperkenalkan skrin 120Hz kerana ciri tersebut telah pun menjadi standard dalam pelbagai telefon Android sejak beberapa tahun lalu.

    Di samping itu, beliau juga mengatakan semua varian iPhone 14 bakal mempunyai RAM 6GB. Pada masa ini, iPhone 13 standard dan iPhone 13 mini hanya mempunyai RAM 4GB, manakala RAM 6GB hanya terdapat pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max.

    Untuk storan pula, beliau mengatakan iPhone 14 Pro dan Pro Max akan ditawarkan dengan storan minimum 256GB, satu peningkatan berbanding 128GB dalam iPhone 13 Pro. Beliau turut menjangkakan semua varian iPhone 14 Pro akan dilengkapi kamera utama 48MP.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: MacRumours

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...