More

    Senangnya ambil gambar cantik dengan Samsung Galaxy A22 5G!

    Samsung Galaxy A22 5G merupakan telefon pintar terbaharu dalam siri Samsung Galaxy A yang menawarkan pelbagai fungsi canggih dalam julat harga mampu milik. Salah satu fungsi menarik dalam telefon ini adalah kebolehannya untuk membantu anda mengambil gambar yang sangat cantik dengan ringkas.

    Galaxy A22 5G dilengkapi tiga kamera di belakang, terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 5MP dan sensor kedalaman (depth sensor) 2MP, manakala di hadapan pula ia dilengkapi kamera swafoto 8MP. Semua kamera ini disokong oleh perisian canggih untuk menghasilkan gambar cantik yang sesuai untuk dimuat naik ke media sosial.

    Pernah inginkan efek gambar potret dengan latar belakang kabur dan hanya fokus pada subjek anda sahaja? Dengan sensor kedalaman dan fungsi Auto Focus pada kamera utama Galaxy A22 5G, anda boleh menghasilkan efek tersebut dengan hanya menyentuh skrin pada bahagian gambar yang ingin difokuskan. Kini anda boleh dapatkan efek kabur yang serupa dengan kamera profesional, secara mudah dengan kamera Galaxy A22 5G.

    Jika anda ingin mengambil gambar pemandangan yang luas pula, kamera ultra-lebar Galaxy A22 5G dilengkapi Ultra-Wide Mode Suggestion yang boleh mengesan jenis pemandangan (scene) yang ingin diambil secara automatik. Ini memastikan gambar akhir yang dihasilkan nampak sesuai dengan situasi gambar yang diambil.

    Galaxy A22 5G memudahkan anda untuk mengkaburkan latar belakang
    Kamera ultra-lebar Galaxy A22 5G bukan sahaja mempunyai sudut luas, malah boleh mengambilnya dengan warna cantik

    Anda juga tidak perlu risau jika kamera Galaxy A22 5G boleh mengambil gambar yang cantik dalam situasi malap (low light). Kamera telefon ini dilengkapi teknologi Tetra Binning yang membenarkan beberapa piksel dalam sensornya untuk digabung dan meningkatkan saiz setiap piksel tersebut.

    Saiz piksel yang lebih besar bermaksud kamera itu akan menjadi lebih sensitif kepada cahaya, memudahkan ia untuk menyerap lebih banyak cahaya dan menerangkan gambar dalam situasi malap. Jadi kalau ambil gambar pada waktu malam pun, kualiti gambarnya masih kekal mantap seperti pada waktu siang.

    Selain itu, teknologi Tetra Binning juga membenarkan anda untuk zum dengan jauh tanpa menurunkan kualiti gambar. Kamera utama Galaxy A22 5G menyokong zum digital sehingga 10x, jadi anda boleh ambil gambar yang jelas walaupun subjek anda berada agak jauh.

    Kamera hadapan 8MP dalam Galaxy A22 5G pula memudahkan anda untuk mengambil gambar swafoto kemas yang sangat sesuai untuk dikongsi dalam media sosial. Dengan fungsi Bokeh Effect, anda boleh hasilkan swafoto dengan latar belakang yang kabur dan menumpukan lagi kecantikan wajah anda. Para pengikut media sosial anda pasti akan kagum.

    Bokeh Effect dalam kamera hadapan Galaxy A22 5G memudahkan anda untuk ambil swafoto yang menawan

    Semua fungsi fotografi menarik ini digabungkan bersama pelbagai spesifikasi canggih dalam Galaxy A22 5G seperti bateri 5,000mAh, sokongan 5G dan skrin 90Hz. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentangnya. Anda boleh dapatkan sarung pelindung Soft Clear bernilai RM39 secara percuma jika anda beli sekarang sehingga 31 Ogos 2021.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...