More

    Senarai kedai barangan runcit ‘online’ yang anda boleh kunjungi

    Berikutan pengumuman mengenai Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia, premis bekalan makanan atau peruncitan masih lagi berjalan seperti biasa. Namun, ramai orang awam yang bimbang kerana mereka tidak selesa untuk keluar membeli barang runcit.

    Dalam pada masa yang sama, kami pasti kebanyakan daripada anda telah mendapat mesej berangkai berkenaan senarai kedai barang runcit dalam talian (online) daripada WhatsApp. Untuk kemudahan bersama, kami telah mengumpulkan senarai tersebut di sini. Mudahnya beli barang runcut dalam talian!

    Jangan bimbang, mereka bukan penipu siber (scammer). Kami telah memeriksanya! Tanpa berlengah lagi, senarai di bawah adalah kedai-kedai barang runcit yang anda boleh lawati.

    BARANG RUNCIT DI LEMBAH KLANG

    1. Mygroser – Penghantaran di hari yang sama, 9AM hingga 9PM setiap hari termasuk cuti umum. Mereka ada kedai luar talian, bilik penyimpanan barang sejuk untuk memastikan kebersihan dan kesegaran bekalan runcit.
    2. Happyfresh – Penghantaran di hari yang sama, 10AM hingga 9PM setiap hari termasuk cuti umum. Anda boleh memilih mana-mana pasaraya berdekatan anda.
    3. Tesco – Penghantaran pada hari seterusnya, 10AM hingga 10PM setiap hari termasuk cuti umum. Boleh juga ambil di kedai berhampiran.
    4. Mydin – Penghantaran pada hari seterusnya, 10AM hingga 10PM setiap hari termasuk cuti umum. Boleh juga ambil di kedai berhampiran.
    5. Jaya Grocer – Penghantaran pada hari seterusnya, 10AM hingga 9PM setiap hari termasuk cuti umum.
    6. Redtick – Penghantaran pada hari seterusnya di beberapa lokasi.
    7. Pantry Express – Penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari tidak termasuk cuti umum, 8AM hingga 6PM.
    8. Potboy – Penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari, tanpa yuran penghantaran.

    SEAFOOD SEGAR

    1. My Seafood Mart – 2PM hingga 8PM setiap hari tidak termasuk beberapa cuti umum, Lembah Klang sahaja.
    2. Fish Club – Penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari pada hari Rabu, Jumaat dan Ahad (Johor Bahru) dan Khamis (Kuala Lumpur/Penang).
    3. Fish for It – Penghantaran dalam masa 48 jam, frozen pantas. Lembah Klang sahaja, di tempat lain akan mengambil masa yang lebih lama.
    4. Fresh Seafood Malaysia – Penghantaran pada hari bekerja sahaja, tersedia di Georgetown, Ipoh, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor Bahru.
    5. My Fishman – 11AM hingga 7PM dari Rabu hingga Sabtu sahaja, penghantaran di seluruh negara.

    PRODUK ORGANIK

    • Signature Market – Penghantaran mengambil masa 7 hingga 10 hari, seluruh negara.
    • Everleaf – Penghantaran mengambil masa 4 hingga 5 hari, barang segar dari ladang tempatan. Lembah Klang sahaja.
    • Organic Express – Penghantaran mengambil masa 3 hingga 5 hari, seluruh negara.
    • Organic4U – 10AM hingga 6PM, hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja. Keluaran ladang organik, Lembah Klang sahaja.
    • TM Organic Farms – Penghantaran kotak organik mingguan di Lembah Klang.

    BARANG RUNCIT DI SELURUH NEGARA

    Itu sahaja daripada kami, tetapi sedikit peringatan bahawa penghantaran pada hari yang sama bergantung kepada ketersediaan penghantar. Kami menjangkakan ramai yang akan cuba merebut kesempatan ini. Jadi, bersabarlah jika ianya terjadi. Anda juga mungkin mengalami masalah laman web yang perlahan dek kerana trafik yang tinggi. Tenang dan sabar, kami sentiasa bersama anda.

    Nantikan berita teknologi terkini di TechNave.BM.

    Diterjemahkan daripada TechNave.com

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...