More

    5 komputer riba terbaik untuk pelajar bawah RM1,500

    Baru-baru ini tular mengenai isu pembelajaran dan pengajaran (PdPR) secara dalam talian antara mahasiswa dan penysarah. Memang tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir mahasiswa yang lahir dalam keluarga yang kurang berkemampuan sehingga tidak mampu untuk membeli komputer riba.

    Untuk membantu anda terutamanya golongan mahasiswa yang sedang mencari komputer riba dengan harga mesra bajet, kami telah membuat senarai pendek komputer riba berharga bawah RM1,500. Kami berharap ia sedikit sebanyak membantu anda untuk memilih komputer riba yang mana sesuai dengan tugasan dan bajet yang ditetapkan.

    Acer Aspire 3 A315-22

    Acer Aspire 3 A315-22 dikuasakan oleh pemproses CPU AMD A-Series A6-9220e , grafik AMD Radeon R4 Graphics DDR4 SDRAM, RAM 4GB DDR4 SDRAM dan storan HDD 500GB. Peranti ini juga mempunyai skrin 15.6″ HD 1366 x 768 dan seberat 1.94 kg.

    Bagi mereka yang inginkan skrin yang besar, komputer riba ini sangat sesuai dengan anda. Mungkin spesifikasinya tidak terlalu tinggi, namun ia cukup untuk menyelesaikan tugasan sambil menikmati hiburan seperti menonton filem. Harga Acer Aspire 3 A315-22 di Malaysia bermula pada RM1399 serta boleh didapati dengan warna merah dan hitam.

    Lenovo IdeaPad Slim 1i 14

    Lenovo IdeaPad Slim 1i 14 dikuasakan oleh pemproses CPU Intel Celeron N4020 Processor , grafik Intel UHD Graphics 600, RAM 4.0GB DDR4-2400 DDR4 Onboard 2400MHz dan storan SSD 256GB SSD PCIe NVMe. Peranti ini juga mempunyai skrin 14.0 inci HD 1366 x 768 dan seberat 1.2kg.

    Komputer riba ini sesuai kepada mereka yang sentiasa bergerak dan membuat kerja di mana sahaja kerana bentuk badannya yang nipis serta ringan. Warnanya juga nampak eksklusif dan mempunyai skrin AntiGlare di mana anda tidak perlu risau tentang pantulan cahaya pada skrin ketika menggunakannya.

    Harga Lenovo IdeaPad Slim 1i 14 di Malaysia bermula pada RM1410 dan boleh didapati dengan warna Platinum Grey.

    ASUS Chromebook Flip

    ASUS Chromebook Flip dikuasakan oleh pemproses CPU Intel Celeron N4020 , grafik Intel® HD Graphics 600, RAM 4G LPDDR4 on board dan storan HDD 32GB eMMC. Peranti ini juga mempunyai skrin 11.6 inci HD dan seberat 1.20kg.

    "
    "

    Bagi mahasiswa yang inginkan kelainan, komputer riba ini sesuai untuk anda. Lihat reka bentuknya sahaja sudah membuatkan banyak mata tertarik. Ia hadir dengan engsel yang boleh dilipat 360° dan boleh dijadikan seperti sebuah tablet. Tambahan, terdapat fungsi skrin sentuh untuk memudahkan anda melukis atau menulis.

    Harga ASUS Chromebook Flip di Malaysia bermula pada RM1459 dan boleh didapati dengan warna kleabu gelap.

    JOI Classmate 10

    JOI Classmate 10 dikuasakan oleh pemproses CPU Intel®️ Celeron®️ Processor N4020 , grafik Intel® HD Graphics 600, RAM 4GB dan storan SSD Support up to 256GB. Peranti ini juga mempunyai skrin 11.6” HD Display (1366×768) dan seberat 2kg.

    Mungkin anda antara kalangan anda yang tidak berapa mengetahui jenama ini. JOI merupakan syarikat teknologi tempatan yang menghasilkan tablet dan komputer riba. Ia merupakan komputer riba yang paling murah dalam senarai ini. Walaupun harganya murah, ia tetap mampu melaksanakan tugas dengan sempurna untuk seorang mahasiswa.

    Harga JOI Classmate 10 di Malaysia bermula pada RM1299 dan boleh didapati dengan warna kelabu.

    ASUS BR1100C

    ASUS BR1100C dikuasakan oleh pemproses CPU Intel® Celeron® N4500 , grafik Intel® UHD Graphics, RAM 4G DDR4 on board,Memory Max Up to:16GB dan storan SSD M.2 SSD slot optional storage of up to 1 TB. Peranti ini juga mempunyai skrin 11.6-inch,LCD,HD (1366 x 768) dan seberat 1.26 kg.

    Komputer riba ini mempunyai keistimewaan daripada segi prestasi baterinya. Baterinya berkapasiti 42WHrs yang mampu memberikan penggunaan selama 10 jam. Jadi anda tidak perlu risau tentang hendak ke mana-mana tanpa perlu memikirkan soket palam untuk mengecas komputer riba ini.

    Harga ASUS BR1100C di Malaysia bermula pada RM1499 dan boleh didapati dengan warna kelabu gelap.

    Untuk pengetahuan, dalam menangani masalah kewangan yang dihadapi pelajar atau mahasiswa daripada golongan B40, kerajaan telah menyediakan inisiatif skim PerantiSiswa Keluarga Malaysia mulai pertengahan April ini.

    Adakah senarai ini membantu anda untuk memilih komputer riba yang mana sesuai dengan tugasan dan bajet anda sebagai seorang mahasiswa? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Samsung janji 5 tahun sokongan kemas kini Untuk Galaxy Watch9 Dan Watch Ultra2

    Samsung secara rasmi mengumumkan peningkatan polisi sokongan perisian bagi jam tangan pintar terbaharunya iaitu Galaxy Watch9 dan Galaxy Watch Ultra2 sewaktu acara...

    Qualcomm bakal lancar SD 8 Elite Gen 5 lebih murah untuk telefon “flagship killer”

    Qualcomm didakwa sedang menghasilkan versi baharu bagi cipset Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dijadualkan dilancarkan ke pasaran lewat tahun ini. Cip...

    Google kini benarkan log masuk akaun guna video selfie

    Google secara rasmi memperkenalkan kaedah log masuk baharu menerusi rakaman video selfie bagi pengguna yang terputus akses atau terkunci daripada Akaun Google...

    Siri HUAWEI Pura 90s tersedia di Malaysia — Dilengkapi kamera 200MP bermula RM3,699

    HUAWEI secara rasmi melancarkan siri HUAWEI Pura 90s dan fon telinga terbuka HUAWEI FreeClip 2 S untuk pasaran Malaysia. Model utama HUAWEI...

    HMD mahu hidupkan semula pengalaman Nokia Lumia pada Android

    HMD Global dilaporkan sedang menguji antaramuka pengguna berasaskan rekaan tile yang menyerupai konsep Live Tiles daripada era Lumia dan Windows Phone. Maklumat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...