fbpx
More

    Senarai promosi telefon pintar & peranti elektronik sempena musim kemerdekaan 2020

    Kita sudah pun menghampiri hujung bulan Ogos dan menghampiri dua tarikh keramat buat negara kita iaitu 31 Ogos dan 16 September. Sempena musim kemerdekaan ini, pelbagai jenama telefon pintar sedang mengadakan pelbagai promosi hebat buat produk-produk mereka. Untuk memudahkan anda membeli-belah dan membandingkan promosi pada waktu ini, berikut adalah senarai promosi yang ditawarkan:

    HONOR

    HONOR Malaysia menawarkan harga promosi untuk kebanyakan produknya sehingga 1 September sahaja. Ini termasuklah telefon pintar HONOR 9X, HONOR 8X MAX dan HONOR 8A, earphone wayarles Magic Earbuds serta jam tangan MagicWatch 2. Bagi produk yang tidak dijual pada harga promosi pula, setiap pembelian akan disertakan bersama beberapa hadiah istimewa seperti beg, gelang pintar dan banyak lagi.

    Selain itu, HONOR juga akan menganjurkan tawaran kilat setiap hari di mana produk berlainan akan ditawarkan dengan harga promosi pada pukul 12:00 tengah hari sehingga 9:00 malam. Layari laman web Raya Merdeka Bersama HONOR untuk ketahui tawaran khas pada setiap hari.

    Xiaomi

    🇲🇾63rd Merdeka with Mi Special Promotion!🇲🇾To celebrate the 63rd Merdeka, we had prepared awesome deals just for you,…

    Posted by Xiaomi Malaysia on Khamis, 20 Ogos 2020

    Xiaomi Malaysia mengadakan kempen khas sempena musim kemerdekaaan, di mana setiap pembelian telefon pintar terpilih akan melayakkan pengguna untuk menyertai cabutan bertuah untuk menangi hadiah bernilai RM388,888 seperti komputer riba HP, pembesar suara Sony dan penggoreng udara Tefal dan kad Touch n Go.

    Sementara itu, produk-produk ekosistem Xiaomi seperti Mi Smart Band 5, Mi True Wireless Earbuds dan Redmi Power Bank juga dijual pada harga yang lebih rendah.

    HUAWEI

    Daripada 20 Ogos hingga 20 September, HUAWEI Malaysia akan menganjurkan kempen promosi di mana pelbagai produk dijual pada harga istimewa termasuk telefon pintar HUAWEI Mate, P-Series, nova dan Y-Series, tablet MatePad, komputer Matebook, jam tangan Watch GT2 dan earphone wayarles Freebuds.

    Pelanggan juga akan membawa pulang hadiah istimewa dalam setiap pembelian dan mendapat peluang untuk sertai pertandingan di mana hadiah utama adalah sebuah HUAWEI P40 Pro+.

    OPPO

    Celebrate Hari Merdeka and win prizes worth up to RM2,000,000! Get the double rewards now with a purchase of selected…

    Posted by OPPO on Jumaat, 21 Ogos 2020

    OPPO Malaysia menganjurkan kempen Merdeka Mega Deals di mana pelanggan bertuah boleh membawa pulang pelbagai hadiah menarik seperti hadiah utama Proton X70. Selain itu, OPPO juga akan mengadakan Lucky Draw Gift Away Spin di kedai-kedai OPPO terpilih untuk pelanggan menangi hadiah seperti earphone wayarles Enco Free.

    Sebagai tambahan, anda boleh menyertai pertandingan videografi ‘Be RENOgrapher’ sempena bulan kemerdekaan ini. Pertandingan ini bermula pada 26 Ogos hingga 23 September 2020! Pertandingan ini mempunyai dua kategori iaitu; Creative MV dan OPPO Reno4 Pro Instagram Filters. Anda boleh mencubanya melalui imbasan kod QR di bawah!

    vivo

    vivo menganjurkan tawaran khas di mana pelanggan akan menerima rebat RM200 apabila mereka membeli telefon-telefon terpilih sebelum 31 Ogos, termasuklah vivo V17 yang ditawarkan pada harga RM1,099 berbanding harga asal RM1,299.

    Rebat RM200 juga boleh ditebus untuk vivo X50 Pro 5G jika anda ingin menggantikan telefon vivo lama anda. Selain itu, pelanggan boleh menyertai pertandingan istimewa sempena Merdeka Flash Sale di mana mereka berpeluang memenangi  Osmo Mobile 4, fon telinga vivo TWS Neo dan lain-lain hadiah menarik.

    Samsung

    Perlu diingatkan bahawa tawaran Samsung ini bukan tawaran kemerdekaan, tetapi ianya berlangsung pada bulan kemerdekaan! Jadi, agak rugi jika kami tinggalkan maklumat ini.

    Anda kini boleh membeli Samsung Galaxy A51 (RAM 8GB) dengan potongan harga RM100 di Samsung Malaysia e-store, Samsung Experience Store dan pengedar sah yang terlibat. Selepas rebat RM100, harga Galaxy A51 hanya RM1,299. Ketahui maklumat lanjut disini atau lihat promosi lain yang sedang berlangsung disini!

    realme

    realme membuka tawaran Merdeka istimewa ini hanya pada telefon pintar kelas permulaan realme C11. Sehingga 31 Ogos, varian realme C11 akan dijual pada harga bermula RM399 sahaja!

    Dua varian realme C11 seperti yang tertera dalam gambar boleh dibeli di Lazada atau Shopee.

    Lenovo

    Ini masa yang sesuai jika anda ingin membeli komputer riba Lenovo IdeaPad AMD memandangkan tawaran Lenovo IdeaPad AMD Merdeka Special berlangsung pada 29 Ogos hingga 2 September 2020.

    Melalui tawaran ini, anda akan mendapat rebat/diskaun sebanyak RM50 melalui pembelian Lenovo IdeaPad Slim 3 (14”), Lenovo IdeaPad Slim 3(15”), Lenovo IdeaPad Slim 5 (15”) dan Lenovo IdeaPad Flex 5 (14”). Anda boleh menyemak maklumat lanjut disini dan membelinya melalui laman web rasmi Lenovo, Shopee atau Lazada. Lihat kod untuk diskaun berdasarkan pengedar/kedai sah yang terlibat dengan tawaran ini.

    Acer

    Baru-baru ini, Acer telah mengumumkan bahawa mereka menyambut bulan kemerdekaan ini dengan mengumumkan 5 buah model terbaru komputer riba gaming mereka! Selari dengan promosi Acer Day yang masih berlangsung sehingga 30 September, terdapat pelbagai tawaran menarik yang tersedia.

    Apa yang menariknya, jika anda membeli salah satu daripada 5 komputer riba gaming ini dan anda dilahirkan pada bulan Ogos, anda layak memasuki cabutan bertuah “Buy and Win” dan mendapat saguhati RM50 dalam Touch ‘n Go eWallet.

    MSI

    MSI julung kalinya telah mula melangsungkan jualan sempena Merdeka 2020. Jualan ini melibatkan pelbagai kategori produk, dengan potongan harga sehingga RM500 termasuklah pada komputer riba baharu GF63!

    Selain potongan harga, terdapat tawaran hadiah percuma yang hadir dengan pembelian tertentu. Anda boleh mengunjungi MSI MYStore untuk membelinya dan maklumat lanjut.

    Perlu diingatkan bahawa kami akan mengemas kini senarai promosi sekiranya terdapat tawaran baharu yang akan berlangsung memandangkan kebanyakan promosi dilanjutkan sehingga ke Hari Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook promosi manakah yang anda akan sertai dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    KWSP umumkan Akaun 3, penstrukturan semula bermula 11 Mei 2024

    Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk mendedahkan Akaun 3 atau akaun Fleksibel pada 25 April hari ini, menandakan penstrukturan semula yang...

    AS akan haramkan TikTok jika ia tidak dilepaskan daripada syarikat China

    Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah menandatangani satu rang undang-undang yang akan mengharamkan penggunaan platform media sosial TikTok dalam negara itu,...

    Qualcomm umumkan Snapdragon X Plus, cipset komputer riba berasaskan ARM

    Qualcomm Technologies, Inc. memperkenalkan Snapdragon X Plus, mengembangkan portfolio platform siri Snapdragon X yang terkenal. Snapdragon X Plus adalah CPU Qualcomm Oryon...

    WhatsApp sedang uji ciri berkongsi fail tanpa sambungan internet

    WhatsApp sedang bersiap untuk kemas kini penting yang satu memberi tumpuan kepada membolehkan perkongsian fail melalui rangkaian tempatan dan menambah ciri mengambil...

    CelcomDigi perkenalkan pakej “roaming” khas untuk jemaah umrah dan haji

    Syarikat telekomunikasi CelcomDigi kini memperkenalkan pakej perayauan baharu Hajj Roaming Pass yang dikhaskan untuk para pelanggan yang ingin menunaikan ibadat haji atau...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X