More

    Senarai telefon pintar bersama stilus/pen terpilih yang relevan di Malaysia tahun 2020

    Jika anda fikir telefon pintar bersama stilus atau pen pintar tidak laku di pasaran, anda salah. Masih terdapat ramai pengguna yang memanfaatkan teknologi stilus atau pen untuk pelbagai keutamaan, terutamanya produktiviti.

    Sepintas lalu, pen stilus merupakan satu alat teknologi berbentuk seperti pen. Hujung stilus yang digunakan untuk menyentuh skrin sentuh memainkan peranan penting. Biasanya stilus pen digunakan untuk memudahkan lakaran dan tugas-tugas lain yang melibatkan produktiviti.

    Walaupun terdapat pen stilus yang kini boleh didapati di pasaran secara berasingan dengan telefon pintar, masih terdapat jenama yang mengeluarkan telefon pintar bersama stilusnya. Kami telah membuat pilihan dan berikut merupakan telefon pintar terpilih yang hadir dengan stilus pen.

    Siri Samsung Galaxy Note 10

    Siri Samsung Galaxy Note 10 merupakan siri yang baru dalam keluarga Galaxy Note. Hadir dengan model dan beberapa saiz berlainan, siri Samsung Galaxy Note 10 hadir bersama stilus pen Samsung.

    Stilus pen pada siri ini dilengkapi ciri AR Doodle. Siri Samsung Galaxy Note 10 ini boleh didapati dengan varian Galaxy Note 10, Note 10+ dan yang terbaru, Note 10 Lite (baru sahaja dilancarkan tahun ini).

    Samsung Galaxy Note 9

    Keluarga Samsung Galaxy terdahulu, Samsung Galaxy Note 9 juga merupakan peranti bersama pen stilus yang masih boleh relevan pada tahun 2020.

    Walau bagaimanapun, pen stilus ini mungkin sedikit kurang prestasinya berbanding pen stilus versi terbaru pada siri Samsung Galaxy Note 10. Anda boleh menyemak ciri teknologi dan spesifikasi Samsung Galaxy Note 9 di sini.

    LG Stylo 5

    Peranti ini tidak boleh dibandingkan dengan Galaxy Note 10 dan untuk pengetahuan anda, peranti ini cuma sesuai untuk kegunaan kasual.

    "
    "

    Hadir dengan pen stilus, anda boleh menggunakannya untuk mewarna, menulis memo dan sebagainya.

    LG Q Stylus

    Peranti berstilus daripada LG ini tidak sama dengan LG Stylo walaupun turut memiliki stilus pen. Berbeza pada RAM dan beberapa ciri teknologi lain, namun pen stilus menawarkan fungsi yang sama.

    Anda boleh membandingkan ciri dan spesifikasi di antara LG Stylo 5 dan LG Q Stylus di sini.

    Huawei Mate 20 X

    Walaupun Huawei Mate 20 X telah lama dilancarkan (November 2018), namun jika anda ingin memiliki peranti berstilus yang berharga lebih rendah sedikit berbanding Galaxy Note, inilah pilihan yang tepat.

    Kami pernah menulis tentang fungsi M-Pen (nama pen stilus Huawei Mate 20 X), tetapi dalam versi bahasa Inggeris. Melalui artikel tersebut, kesimpulannya M-Pen membantu dalam pekerjaan, lakaran, fotografi dan sebagainya.

    Sekilas pandang, M-Pen yang bersaiz agak sedikit besar ini kelihatan seperti sebatang pensel.

    Semua peranti yang disenaraikan ini merupakan peranti pilihan sahaja. Jika anda ingin mengetahui peranti apa yang hadir bersama stilus, penulisan ini mungkin dapat membantu anda.

    Adakah anda merupakan salah seorang pengguna peranti dengan pen stilus? Beritahu kami pengalaman anda di laman Facebook dan nantikan lebih berita teknologi terkini melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured