More

    Sennheiser CX Plus dilancar: Fon telinga dengan pembatalan hingar aktif berharga ~RM750

    Hari ini, Sennheiser memperkenalkan earbud terbarunya CX Plus True Wireless yang menawarkan pembatalan hingar aktif (ANC), mod suara ambien serta keboleh untuk melaraskan butang kawalan serta EQ. Ia juga lebih murah berbanding Momentum True Wireless 2.

    CX Plus mempunyai reka bentuk yang serupa dengan fon telinga wayarles CX dan CX 400BT. Panel sentuhan luar berbentuk segi empat dengan kawalan sentuhan yang boleh mainkan muzik. Kawalan sentuhan on-board boleh memainkan muzik, membuat panggilan dan menggunakan pembantu suara tanpa perlu melihat telefon anda. CX Plus mempunyai ciri Jeda Pintar (Smart Pause) di mana ia akan berhenti seketika secara automatik ketika anda mengeluarkan fon telinga dari telinga anda.

    Tambahan utama lain untuk CX Plus ialah ANC. CX Plus menawarkan pengasingan bunyi pasif  dan mod suara ambien (Transparent Hearing) di mana ia tiada pada siri CX sebelum ini. Tetapan Bass Boost dari model sebelumnya dan rating kalis air IPX4 dari CX True Wireless kedua-duanya telah dibawa ke CX Plus.

    Dari segi kualiti audio, Sennheiser mengatakan CX Plus menawarkan “teknologi audiophile” ddalam fon telinga harian dengan teknologi daripada transducer TrueResponse. Sennhesier menjanjikan hayat bateri sehingga 24 jam dari pengecasan penuh, iaitu 8 jam daripada fon telinga sahaja dan 16 jam daripada bekas pengecasnya.

    CX Plus akan tersedia pada 28 September dalam pilihan warna hitam dan putih dengan harga $179.95 (~RM746.88). Ikuti kami di Facebook jika anda berminat dengan produk Sennheiser dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Engadget

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured