More

    Sensor kamera telefon pintar baru Samsung tawarkan prestasi mirip DSLR

    Samsung telah melancarkan sebuah sensor kamera 50MP baru untuk telefon pintar yang dinamakan ISOCELL GN1. Walaupun ia tidak mempunyai 108MP seperti dalam Galaxy S20 Ultra, ia dilengkapi piksel sebesar 1.2 micron untuk menghasilkan gambar yang lebih baik dalam situasi malap.

    Sensor yang berukuran 1/1.3 inci itu mempunyai sistem autofokus dual pixel seperti yang terdapat dalam kamera Canon. Samsung mengatakan ini membawa kelajuan autofokus seperti DSLR ke dalam telefon pintar walaupun dalam situasi malap.

    Jika pengguna perlukan prestasi malap yang lebih elok, sensor tersebut juga menggunakan teknologi Samsung Tetracell yang menggabungkan empat piksel kepada satu. Ini bermaksud ia mengurangkan jumlah megapiksel kepada 12.5MP namun meningkatkan kebolehan fotografi malap sehingga empat kali.

    Antara ciri lain yang diketengahkan dalam ISOCELL GN1 adalah Smart-ISO, HDR real-time, penstabilan imej elektronik (EIS) berdasarkan giroskop dan rakaman 8K sehingga 30fps. Ia akan mula dikilangkan bermula bulan ini.

    Sensor ini akan menyaingi sensor kamera kamera Sony IMX 689 yang digunakan dalam OnePlus 8. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat memiliki telefon dengan sensor Samsung baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Businesswire

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured