More

    Seorang pekerja Celcom bluecube Sandakan positif COVID-19, kini ditutup sementara

    Celcom Axiata telah mengesahkan bahawa salah seorang pekerjanya di pusat jualan blucube Sandakan, Sabah telah disahkan positif jangkitan COVID-19. Pusat bluecube itu kini ditutup buat sementara dan semua pekerja serta ahli keluarga mereka kini sedang disaring untuk jangkitan COVID-19.

    Celcom kini sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk menjejak kitaran virus tersebut yang mungkin tersebar di kalangan para pekerja bluecube Sandakan. Kerja-kerja sanitasi juga sedang dilaksanakan di lokasi tersebut.

    Para pelanggan Celcom di Sandakan yang ingin mendapatkan perkhidmatan sokongan boleh melawat Celcom Certified Partner di Sandakan atau hubungi secara digital melalui Celcom e-store, Celcom Life App atau Celcom Online Customer Service.

    Sebagai langkah pencegahan, Celcom telah mengaktifkan amalan bekerja dari rumah untuk para pekerja yang boleh melakukannya dalam kawasan terjejas COVID-19 termasuk Sabah, Kedah, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sehingga 27 Oktober.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Daily Express

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...