More

    Sertai jutaan penonton dalam konsert digital One World: Together at Home pada 19 April ini!

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menganjurkan sebuah acara khas pada Ahad ini iaitu One World: Together at Home di mana puluhan penyanyi antarabangsa akan menghiburkan jutaan peminat melalui saluran digital.

    Dengan barisan artis yang disusun oleh Lady Gaga, Together at Home menampilkan nama-nama popular seperti Billie Joe Armstrong (penyanyi Green Day), Chris Martin (penyanyi Coldplay), John Legend, Paul McCartney dan ramai lagi.

    Selain itu, beberapa pelakon Hollywood juga akan membuat penampilan khas dalam konsert digital itu seperti Idris Elba, Priyanka Chopra, Shah Rukh Khan dan Kerry Washington. Ia akan diacarakan oleh Jimmy Fallon, Jimmy Kimmel dan Stephen Colbert.

    Together at Home bertujuan menaikkan dana untuk Tabung Tindak Balas Solidariti WHO bagi melengkapkan pekerja kesihatan di seluruh dunia dengan memberikan peralatan khas dalam merawat pesakit COVID-19.

    Ia akan disiarkan pada Sabtu 18 April jam 8:00 malam waktu Amerika timur (Ahad 19 April jam 8:00 pagi waktu Malaysia) dalam saluran TV Amerika dan juga laman web seperti Twitch dan YouTube. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menonton konsert ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Global Citizen

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured