More

    Set kepala Android XR pertama Samsung diumum secara rasmi

    Samsung telah mengumumkan kerjasama jangka panjang dengan Google dan Qualcomm dalam membangunkan platform Android XR, sebuah sistem operasi untuk peranti realiti terimbuh (extended reality). Samsung turut mendedahkan bahawa mereka sedang membangunkan headset pertama yang direka khas untuk Android XR yang diberi kod nama Moohan.

    Moohan bermaksud “infiniti” dalam bahasa Korea. Menurut Samsung, Moohan akan dilengkapi dengan paparan canggih, kemampuan passthrough dan input multi-modal semula jadi. Peranti ini digambarkan sebagai “kanvas spatial” yang membolehkan pengguna meneroka dunia melalui Google Maps, menonton video di YouTube atau merancang perjalanan menggunakan Gemini.

    Hairannya, pembantu maya Bixby tidak disebut dalam kenyataan rasmi ini. Samsung turut menyatakan bahawa set kepala ini direka agar ringan dan ergonomik untuk memastikan keselesaan maksimum semasa penggunaan. Walaupun maklumat lanjut mengenai Moohan masih dirahsiakan, Samsung berjanji untuk berkongsi lebih banyak perkembangan pada tahun hadapan.

    Dengan kehadiran Moohan, Samsung bakal membawa pengalaman realiti terimbuh ke tahap baharu, sekaligus memperkukuhkan kerjasama strategik dengan Google dan Qualcomm dalam industri teknologi canggih ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured