More

    Setel kenakan caj 1% untuk tambah nilai melalui kad kredit bermula 5 Disember ini

    Aplikasi Setel yang memfokuskan pada pengisian minyak di stesen Petronas baru-baru ini mengumumkan bahawa mulai 5 Disember 2024, terdapat caj baharu sebanyak 1% akan dikenakan untuk setiap tambah-nilai menggunakan kad kredit.

    Caj ini akan dikenakan secara automatik apabila pengguna menambah nilai ke dalam akaun Setel mereka menggunakan kad kredit. Walau bagaimanapun, Setel menegaskan bahawa caj tambahan ini tidak akan dikenakan kepada transaksi tambah-nilai automatik ke dalam dompet digital mereka.

    Selain itu, Setel turut memaklumkan bahawa kaedah tambah-nilai lain seperti menggunakan kad debit, dompet digital dan perbankan dalam talian masih kekal percuma buat masa ini. Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Setel, anda boleh klik di sini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured