More

    Setel mudahkan akses BUDI MADANI RON95, isi minyak tanpa MyKad

    Setel Ventures Sdn Bhd (Setel) mengumumkan kemudahan baharu bagi rakyat Malaysia yang layak menikmati subsidi BUDI MADANI RON95 (BUDI95) bermula 30 September 2025. Melalui pengesahan akaun sekali sahaja di aplikasi Setel, pengguna boleh mengisi minyak di lebih 1,000 stesen PETRONAS tanpa perlu pengesahan MyKad pada setiap transaksi.

    Inisiatif ini adalah kesinambungan usaha PETRONAS untuk menyederhanakan urusan harian rakyat dengan pengalaman digital yang pantas dan selamat. Selain itu, pengguna yang mengesahkan akaun turut menikmati ciri One-tap fuelling, aplikasi Setel Lite untuk telefon pintar lama dan pulangan sehingga tiga kali mata ganjaran Mesra Rewards.

    Di bawah program BUDI95 yang diumumkan kerajaan:

    • Warganegara berumur 16 tahun ke atas dengan MyKad dan lesen memandu sah berpeluang menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter, terhad kepada 300 liter sebulan.
    • Pemandu e-hailing pula layak menerima tambahan kuota melebihi had bulanan. Semakan kelayakan dan baki kuota boleh dibuat terus dalam aplikasi Setel bermula 25 September 2025.

    Setel juga menegaskan keselamatan dan privasi data pengguna menjadi keutamaan, selaras dengan kawal selia Bank Negara Malaysia. Aplikasi Setel boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured