More

    Seven Bank bakal beroperasi di Malaysia, sediakan ATM di sekitar Selangor

    Seven Eleven yang merupakan kedai serbaneka 24 jam terkenal di Malaysia kini bakal menawarkan khidmat ATM di sekitar Selangor. Syarikat yang sama dengan Seven Eleven iaitu Seven Bank bakal membuka operasinya di Malaysia. Ini merupakan pasaran luar negara keempat untuk firma Jepun itu selepas Amerika Syarikat, Indonesia dan Filipina.

    Seven Bank dijangka menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) di Selangor antara Oktober dan Disember tahun ini. Menurut pengumuman dari Tokyo, Seven Bank memandang Malaysia sebagai pasaran yang menjanjikan untuk pertumbuhan perniagaan ATM memandangkan pertumbuhan ekonomi Malaysia berada pada 3.7 peratus pada 2023.

    Malaysia memberikan peluang menarik untuk inisiatif pertumbuhan strategik Seven Bank dengan kelaziman penggunaan tunai yang tinggi dan sejumlah besar pengeluaran ATM per kapita. Seven Bank menyatakan bahawa walaupun jumlah ATM pada masa ini kira-kira 15,000 atau lebih di seluruh negara, bilangan ATM bagi setiap satu juta penduduk berjumlah 446.

    Seven Bank juga menyasarkan untuk memasang ATM kitar semula wang kertas di wilayah yang mempunyai infrastruktur perbankan terhad terutamanya dalam kedai serbaneka. Seven Bank adalah sebahagian daripada gergasi runcit Jepun Seven & i Holdings Co.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NST

     

    Artikel Terkini

    Selepas 7 tahun menghilang, vivo S2 kini dilancarkan dengan bateri 7,050mAh dan IP69

    vivo melancarkan telefon pintar terbaharunya iaitu vivo S2 selepas siri berkenaan tidak mengeluarkan model baharu hampir tujuh tahun. Peranti kelas pertengahan ini...

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured