More

    SHARP Malaysia perkenalkan produk baharu dengan teknologi penyucian udara Plasmacluster Ion, bermula RM699

    Pada hari ini, SHARP Malaysia memperkenalkan beberapa produk kelengkapan rumah baharu yang dilengkapi teknologi penyucian udara (air purifier) SHARP Plasmacluster Ion (PCI) bagi menghasilkan persekitaran udara yang sihat dalam rumah anda. Teknologi PCI ditawarkan dalam pelbagai jenis produk seperti pembersih udara (air purifier), peti sejuk dan penghawa dingin.

    Antara produk SHARP yang baru dilancar adalah siri pembersih udara Sharp Purefit yang menampilkan rekaan ringkas dengan fungsi yang serba lengkap. Ia ditawarkan dalam dua saiz iaitu Purefit (boleh membersihkan ruang seluas 84m²) dan Purefit Mini (boleh membersihkan ruang seluas 30m²), bergantung kepada saiz bilik yang ingin menempatkan produk ini.

    Beberapa pembersih udara SHARP Purefit dengan teknologi PCI
    Beberapa pembersih udara SHARP pelbagai saiz dengan teknologi PCI

    Terdapat juga pembersih udara dengan saiz berlainan seperti Air Purifier with Mosquito Catcher yang boleh memerangkap nyamuk, Baby SHARP Air Purifier untuk ruang yang lebih kecil serta Plasmacluster Ion Generator untuk pembersihan yang lebih peribadi.

    Pembersih udara ini menampilkan teknologi dwi-sedutan (dual suction) Coanda Airflow yang meningkatkan aliran udara sebanyak tiga kali ganda untuk pembersihan yang lebih cekap dan tidak menghasilkan bunyi yang bising. Ia juga boleh dikawal secara jauh menggunakan aplikasi khas dalam telefon pintar.

    Kelengkapan rumah lain yang menggunakan teknologi PCI termasuklah mesin basuh SHARP Proflex yang menggunakan PCI untuk menghapuskan bakteria pada pakaian, serta pelbagai peti sejuk SHARP yang menggunakan PCI untuk menghapuskan bakteria pada makanan.

    Pengarah urusan SHARP Electronics Malaysia, Ting Yang Chung, memberi penjelasan tentang mesin basuh SHARP Pro-flex yang dilengkapi teknologi PCI

    Berikut adalah senarai harga produk PCI yang diperkenalkan oleh SHARP Malaysia:

    ProdukHarga
    84m² Purefit Air PurifierRM4,699
    30m² Purefit Air PurifierRM1,699
    30m² Plasmacluster Technology Air Purifer with Mosquito CatcherRM1,500
    10m² Baby Sharp Air PurifierRM829
    62m² AIoT Plasmacluster Technology Air PurifierRM3,179
    38m² Plasmacluster Technology Humidifying Air PurifierRM3,099
    3.6m² Plasmacluster Ion GeneratorRM699
    Personal Space Ion GeneratorRM699
    Pro-flex Front Load Washer DryerRM4,599
    410L 2-Door RefrigeratorRM2,269

    Layari laman web SHARP Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai setiap produk di atas. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured