More

    Shopee akan naikkan caj komisen kepada penjual bermula 10 Januari 2023

    Gergasi e-dagang, Shopee, telah mengumumkan perubahan besar dalam caj komisennya yang akan menjejaskan semua penjual tempatan tidak lama lagi. Bermula dari 10 Januari 2023, kadar caj komisen untuk penjual akan dinaikkan daripada 2% iaitu caj semasa kepada antara 2.5% dan 4%.

    Penjual yang terkesan dengan kenaikan caj ini ialah penjual tempatan dan bukan penjual melalui Shopee Mall. Penjual yang menjual produk di Shopee dari luar negara atau melalui Shopee Mall tidak akan terjejas. Selain itu, caj komisen hanya dikenakan kepada penjual yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 100 pesanan.

    Shopee juga meneruskan dasar mengecualikan penjual e-dagang baharu pada platformnya. Kadar baharu akan berbeza mengikut kluster, kategori dan subkategori dengan sesetengah barangan elektronik dikenakan kadar hanya 2.5% manakala kategori fesyen dikenakan caj komisen paling banyak iaitu pada 4%.

    Perlu diingat bahawa kadar ini adalah sebelum SST 6% ditambah, maka sesetengah penjual boleh dicaj sehingga 4.24%. Menariknya, walaupun produk di bawah barangan pengguna fast-moving consumer goods (FMGC) dikenakan caj antara 3% hingga 4%, syarikat itu memberi pengecualian kepada barangan keperluan tertentu.

    Bagi kebanyakan kategori, kadar caj kepada penjual tempatan yang disemak masih lebih rendah daripada yang dicaj oleh Shopee kepada jenama rasmi atau rakan kongsi runcitnya di Shopee Mall dengan caj antara 4% hingga 6%.

    Caj komisen yang diperoleh ini akan dilaburkan semula untuk meningkatkan perkhidmatan dan ciri platform dengan menambah baik perkhidmatan pelanggan, meluaskan peluang untuk mengeksport ke luar negara dan meningkatkan program sokongan penjual yang disasarkan.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Shopee

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured