More

    Shopee kenakan caj tambahan SPayLater sebanyak 1.5% mulai hari ini

    Bagi pengguna Shopee, anda pasti ketahui SPayLater yang merupakan ciri di mana anda boleh beli barangan dahulu dan membuat pembayaran kemudian. Shopee Malaysia telah mengumumkan bahawa ia akan mula mengenakan caj tambahan sebanyak 1.5% untuk pembayaran SPayLater mulai hari ini, 17 Oktober 2022. 

    Yuran pemprosesan 1.5% dikenakan setiap bulan ke atas jumlah pembayaran jika anda memilih untuk membayar secara ansuran bulanan. Jika anda terlepas tarikh akhir pembayaran, akaun SPayLater anda akan dibekukan dan anda perlu membayar yuran lewat sebanyak RM10. 

    Seperti yang ditunjukkan dalam imej, jika anda membeli item bernilai RM136, anda perlu membayar sebanyak RM138.04 termasuk caj 1.5%. Jika anda tidak mahu menanggung caj tambahan, maka anda boleh menggunakan saluran pembayaran lain seperti kad kredit, kad debit, perbankan dalam talian atau melalui eWallet ShopeePay. 

    Bergantung pada jumlah transaksi dan peruncit, anda masih boleh memilih ansuran kad kredit dengan faedah 0 peratus pada kad terpilih. Namun, bergantung pada kitaran bil anda, tarikh tamat SPayLater jatuh sama ada pada 10 atau 1 setiap bulan.

    Buat masa ini, caj faedah tambahan hanya terpakai jika anda memilih pilihan ansuran dengan 2 bulan atau lebih. Berdasarkan jumlah yang ditunjukkan di atas, SPayLater pada masa ini mengenakan 2.5% faedah untuk pembayaran dua bulan, 4.05% faedah untuk tiga bulan dan 9% faedah selama enam bulan. 

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured