More

    Shopee Malaysia kini sedang mencari rakan penghantar untuk ShopeeFood

    Jika anda ingin memesan makanan secara dalam talian, aplikasi GrabFood dan foodpanda adalah dua aplikasi pesanan makanan yang sangat popular pada waktu ini. Kini, platform e-dangang Shopee pula bakal mengorak langkah dalam industri penghantaran makanan dengan pengenalan ShopeeFood.

    Dalam akaun Twitter rasmi Shopee Malaysia, mereka telah memuat naik satu ciapan bagi mengiklankan peluang pekerjaan bersama ShopeeFood, di mana rakyat Kuala Lumpur dan Selangor boleh menjadi seorang penghantar untuk platform tersebut. Pemohon perlulah berumur 18 tahun ke atas dan memiliki lesen motosikal (sekurang-kurangnya P dan ke atas).

    Pemohon juga perlu memiliki telefon pintar yang menyokong sistem operasi iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas agar telefon mereka boleh mengoperasikan aplikasi Shopee dengan mudah. Selain itu, pemohon juga tidak boleh mempunyai rekod jenayah dan rekod penggantungan dalam Shopee.

    Adakah anda berminat untuk menjadi rakan penghantar ShopeeFood? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...