More

    Shopee nasihati pelanggan agar tidak terpedaya dengan “scam” melibatkan hantaran barang

    Isu scam (penipuan) dalam talian memang tidak berkesudahan pada waktu pandemik ini dan kini pihak yang tidak bertanggungjawab telah mendalang sebuah lagi scam melibatkan hantaran barang melalui Shopee. Perkhidmatan e-dagang itu memberi peringatan kepada para pelanggan agar tidak tertipu dengan taktik scam baru yang dinamakan Parcel Scam.

    Dalam penipuan ini, pihak scammer akan menghantar satu mesej SMS kepada mangsa kononnya menyatakan bahawa terdapat barang yang belum diterima oleh mangsa. SMS tersebut akan mempunyai satu pautan (link) di mana jika mangsa menekan pautan tersebut, scammer akan mengatakan bahawa “barang” mereka tidak boleh diproses atas pelbagai alasan mengarut seperti yuran tidak dibayar, tidak melepasi cukai dan sebagainya.

    Scammer kemudian akan mendesak atau mengancam mangsa untuk memindahkan wang demi mendapatkan “barang” tersebut. Jika mangsa terpedaya dan memindahkan wang, scammer akan menerima wang tersebut dan menamatkan talian dengan mangsa.

    Shopee mencadangkan para pelanggan untuk meneliti profil penjual atau penghantar mesej bagi mengenal pasti kesahihannya. Di samping itu, pelanggan juga boleh mengesan status penghantaran barang mereka melalui nombor penjejakan (tracking number) atau ruang My Purchase dalam aplikasi.

    TechNave berharap para pembaca akan sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik scam masa kini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Facebook Shopee

     

    Artikel Terkini

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Siri Xiaomi 18 Pro dilancar: SD 8 Elite Gen 6, dwi-kamera Leica 200MP dan...

    Xiaomi melancarkan siri peranti mercu baharu di China menerusi model Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max. Kedua-dua telefon pintar ini...

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured