More

    ShopeeFood: Penduduk Johor kini boleh memesan makanan mulai 24 Februari

    Kini, pengguna Shopee di Johor boleh mula memesan makanan menerusi ShopeeFood pada aplikasi Shopee mulai 24 Februari. Penghantaran akan meliputi kawasan utama di Johor seperti Johor Bahru, Tampoi, Setia Tropika, Setia Indah dan Skudai.

    Perkhidmatan baharu ini akan membawa pelbagai jenama makanan termasuklah Mcdonalds, Shake Shake, Old Town, ZUS Coffee, Johnnys, Kenny Rogers, Oven & Fried Chicken, Soon Cafe, Banafee Village, Gatao Fried Chicken dan Anmour Cafe. Wong Chee Mun iaitu Ketua Pembangunan Perniagaan, ShopeeFood Malaysia mengatakan mereka mendapat sambutan hangat di Lembah Klang dan ingin membawa kemudahan yang sama kepada pengguna Shopee di Johor Bahru.

    Aplikasi ini menggalakkan lebih ramai peniaga makanan dan minuman untuk mendaftar kedai mereka ke atas talian untuk mencapai lebih ramai pelanggan dan membantu pertumbuhan dalam era digital. Mulai hari ini sehingga 28 Februari, ShopeeFood akan menawarkan penghantaran percuma dan diskaun sehingga 40% untuk makanan dan minuman dengan perbelanjaan minimum RM5 apabila membayar dengan ShopeePay pada aplikasi.

    Dari 24 sehingga 28 Februari, pengguna Johor boleh menyertai peraduan eksklusif Order & Win dengan perbelanjaan minimum RM20 untuk pesanan makanan. Pengguna berpeluang untuk memenangi produk eksklusif KitchenAid dan baucar ShopeeFood bernilai sehingga RM8,000.

    ShopeeFood turut memberikan tawaran istimewa selama dua hari kepada pengguna Johor pada 24 dan 25 Februari dengan potongan 30% untuk barangan terpilih daripada peniaga seperti ZUS Coffee, Shake Shake dan Kenny Rogers. Pada 26 hingga 28 Februari, ShopeeFood akan menawarkan diskaun 60% baucar masa terhad pada jam 3 petang dengan perbelanjaan minimum RM15 untuk makanan dan minuman.

    Pengguna akan berpeluang untuk mendapat tawaran dan promosi bagi Jualan Hari Gaji 25 Februari Shopee yang berlangsung dari 20 hingga 25 Februari 2022. Sepanjang jualan bulanan ini, pengguna akan menerima penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM5, tawaran RM25 untuk barangan terpilih daripada peniaga dan pulangan tunai 25% apabila mereka menambah nilai prabayar dan membayar bil mereka.

    Anda boleh layari laman web Shopee untuk ketahui lebih lanjut mengenai ShopeeFood. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured