More

    ShopeePay lancar Money+, tawar pulangan harian dengan pelaburan minimum RM10

    ShopeePay hari ini memperkenalkan Money+ iaitu satu ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna menjana pulangan harian daripada serendah RM10. Perkhidmatan ini boleh diakses melalui aplikasi ShopeePay atau Shopee dan dibangunkan menerusi kerjasama dengan iFAST Capital Sdn. Bhd. serta disokong oleh dana pasaran wang patuh Syariah daripada Eastspring Investments Berhad.

    Money+ menggunakan Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund sebagai dana pasaran wang yang patuh Syariah. Pengguna boleh mengakses baki pelaburan mereka pada bila-bila masa untuk tujuan pembayaran dalam talian, pembayaran di kedai fizikal melalui DuitNow QR atau pengeluaran dana tanpa tempoh pegangan minimum.

    Bersempena pelancaran, ShopeePay menawarkan bonus pulangan tambahan untuk tempoh terhad kepada pengguna yang mengekalkan baki minimum RM150 dalam akaun Money+. Tawaran ini memberikan potensi pulangan sehingga 6% setahun yang dikreditkan secara harian dengan bonus maksimum sehingga RM1,000. Promosi sah dari 27 Januari hingga 27 April 2026.

    ShopeePay memaklumkan bahawa pulangan yang ditawarkan adalah berdasarkan prestasi sejarah dan tidak dijamin serta tertakluk kepada risiko pelaburan. Dana yang dilaburkan juga tidak diklasifikasikan sebagai e-duit atau deposit dan tidak dilindungi oleh PIDM. Bahan berkaitan Money+ turut dinyatakan belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

    iFAST Capital merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (CMSL) yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia manakala Eastspring Investments Berhad ialah antara syarikat pengurusan aset terbesar di Malaysia dengan aset di bawah pengurusan sekitar RM58.1 bilion setakat 30 September 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melabur dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    U Mobile kini raja telco Malaysia? Gondol 8 anugerah dalam laporan terbaharu

    Opensignal secara rasmi mengeluarkan Laporan Pengalaman Rangkaian Mudah Alih Malaysia bagi Julai 2026 berdasarkan data yang dikumpul bermula 1 April hingga 29...

    BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro diperkenal di Malaysia dengan bateri 108.7kWh, jarak...

    BMW Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro baharu iaitu model pengeluaran pertama dalam barisan Neue Klasse untuk...

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured