More

    ShopeePay Travel eSIM diperkenal — Ini cara beli dan aktifkan pelan data terus dari aplikasi

    ShopeePay kini memperkenalkan ciri Travel eSIM di dalam aplikasi mereka yang membolehkan pengguna kekal berhubung ketika melancong ke luar negara tanpa perlu menggunakan kad SIM fizikal. Antara destinasi yang disokong termasuk Thailand, Indonesia, Vietnam, Jepun, China dan Singapura.

    Pengguna boleh membeli serta mengaktifkan eSIM terus melalui aplikasi ShopeePay sama ada sebelum atau ketika berada di luar negara. Perkhidmatan ini menawarkan pelan data sehingga 31 hari dengan harga bermula serendah RM3.50 menjadikannya pilihan yang lebih mampu milik untuk akses internet ketika melancong.

    Proses pembelian juga disediakan secara terus dalam aplikasi di mana pengguna hanya perlu memilih destinasi, pelan data dan tempoh penggunaan sebelum menyelesaikan pembayaran. Selepas pembelian, eSIM boleh diaktifkan melalui beberapa kaedah termasuk pengaktifan terus dalam aplikasi, imbasan kod QR atau tetapan manual pada peranti.

    Ciri Travel eSIM ini turut melengkapkan ekosistem perjalanan ShopeePay yang sedia ada termasuk tempahan penerbangan, hotel dan pembelian insurans perjalanan dalam satu platform. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Shopee

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...