More

    Singapura bakal ada kereta terbang sebagai teksi udara pada tahun 2023

    Kereta terbang merupakan bayangan masa hadapan, terutama untuk rakyat Malaysia yang membayangkan tahun 2020 dengan kehadiran kereta terbang. Realitinya masih lagi agak jauh, namun tidak untuk negara jiran. Singapura dilapor mungkin bakal memiliki perkhidmatan teksi terbang pada tahun 2023.

    Menurut sumber, sebuah syarikat Volocopter berhasrat untuk melancarkan perkhidmatan teksi udara di Singapura pada tahun 2023. Kenderaan ini ialah jenis VTOL (vertical take-off and landing yang berautonomi dan boleh membawa sehingga dua penumpang. Selain itu, syarikat penerbangan Jerman menyifatkan bahawa bebas pancaran, bermakna ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa bateri. Kenderaan ini mempunyai sembilan bateri, namun jangka hayat bateri masih lagi tidak dinyatakan.

    Volocopter bakal menyediakan 50 ahli pasukan yang terdiri daripada juruterbang, jurutera, pakar operasi dan pengurus perniagaan sebelum melancarkan perkhidmatan teksi udara ini. Ini bermakna terdapat keperluan untuk juruterbang sebenar, mungkin yang sesuai untuk mengendalikan kenderaan di jalan udara yang mencabar. Pasukan ini bernaung dibawah Volocopter Asia Holding.

    Sumber: Volocopter

    Jika projek ini berjaya, Volocopter mungkin meluaskan perkhidmatannya di beberapa negara dalam SEA. Namun, adakah negara kita mampu untuk menikmati teknologi sebegini? Adakah anda juga sanggup membayar tambang teksi di udara? Kongsikan pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: The Business Times

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured