More

    Singapura jadi negara pertama perkenalkan sistem identiti menggunakan pengesahan muka

    Kecurian identiti (identity theft) bukanlah satu jenayah yang asing pada era digital ini. Bagi mengurangkan risiko kecurian identiti, kerajaan Singapura akan memperkenalkan sistem pengesahan muka (facial verification) di seluruh negara, menjadikannya sebahagian daripada sistem identiti rakyat republik itu yang digelar SingPass.

    Ini menjadikan Singapura negara pertama yang memperkenalkan teknologi pengesahan ini. Kerajaannya merancang untuk menggunakan data biometrik yang terdapat pada muka apabila rakyatnya ingin menggunakan pelbagai perkhidmatan awam dan swasta.

    Fungsi baru ini juga bertujuan agar data yang betul digunakan untuk setiap individu, bukannya gambar atau video yang telah disunting dengan teknologi deepfake. Teknologi yang dibangunkan oleh iProov ini telah pun diuji dalam industri perbankan negara itu dan kini akan diperkenalkan secara meluas.

    Untuk makluman, pengesahan muka adalah berbeza dengan pengiktirafan muka (facial recognition). Pengesahan muka melibatkan izin oleh pengguna, seperti dalam membuka telefon anda atau menggunakan aplikasi perbankan, manakala pengiktirafan muka pula melibatkan pengesanan muka secara beramai-ramai, seperti di dalam stesen keretapi atau tempat-tempat awam. Pengiktirafan muka telah pun digunakan secara meluas di seluruh dunia terutamanya China dan Amerika Syarikat.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: BBC

     

    Artikel Terkini

    TikTok Shop kenakan SST 6% untuk yuran penghantaran mulai 1 September ini

    TikTok Shop Malaysia mengumumkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6% ke atas Yuran Penghantaran Sebenar bagi perkhidmatan berkaitan penghantaran yang...

    Rekaan cip ARM Malaysia dijangka siap pada 2028, pengeluaran bermula 2030

    Malaysia mensasarkan cip ARM buatan tempatan untuk memasuki fasa pengeluaran menjelang tahun 2030. Negara turut berhasrat untuk menggunakan cip berkenaan dalam rantaian...

    Sarawak iktiraf TNG eWallet sebagai kaedah bayaran gaji alternatif

    TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan bahawa TNG eWallet kini diiktiraf secara rasmi oleh Jabatan Tenaga Kerja Sarawak (JTK Sarawak) sebagai kaedah pembayaran...

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured