More

    Siri Acer Predator baharu dilancar di Malaysia: Intel Core i9, skrin 17.3″ 360Hz, RTX 3080 bermula RM6,299

    Pada hari ini, Acer Malaysia telah melancarkan siri komputer riba gaming Acer Predator terbaru yang terdiri daripada Predator Triton 500 SE (Special Edition), Predator Helios 500 dan Predator Helios 300.

    Predator Triton 500 Special Edition

    Predator Triton 500 SE dilengkapi skrin berukuran 16 inci dengan resolusi WQXGA, nisbah aspek 16:10 dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 87%. Ia dilengkapi sistem penyejukan AeroBlade 3D Fan serta lima paip haba yang dikhaskan untuk penyejukan CPU dan GPU.

    Ia mempunyai ketebalan 19.9mm dan berat 2.4kg manakala baterinya boleh bertahan sehingga 12 jam. Ia turut dilengkapi Intel Killer E3100 Ethernet Controller, Intel Killer Wi-Fi 6 AX1650i, port USB-C 3.2 Gen 2, Thunderbolt 4 dan pengimbas kad SD 7.0. Berikut adalah varian untuk komputer ini:

    • Pemproses 11th Gen Intel Core i9 dan NVIDIA GeForce RTX 3080: RM12,999
    • Pemproses 11th Gen Intel Core i7 dan NVIDIA GeForce RTX 3070: RM8,999

    Pra-tempahan akan dibuka bermula 30 Oktober 2021 di Acer estore, Acer Flagship Store Shopee atau pengedar Acer sah.

    Predator Helios 500

    Predator Helios 500 pula dilengkapi skrin 17 inci yang terdiri daripada dua varian iaitu skrin 4K Mini LED UHD 120Hz atau Full HD 360Hz. Dalam papan kekuncinya, komputer ini mempunyai kekunci yang boleh ditukar dengan Acer Racing Keys atau MagForce Keys untuk tekanan yang lebih sensitif.

    Ia dilengkapi pemproses sehingga 11th Gen Intel Core i9-11980HK, GPU NVIDIA GeForce RTX 3080, RAM DDR4 sehingga 64GB dan storan SSD PCIe NVMe Gen 4 1TB, disusun dalam konfigurasi RAID0. Teknologi penyejukan Acer Vortex Flow pula terdiri daripada kipas AeroBlade 3D generasi kelima untuk mengalirkan udara ke komponen penting dan meningkatkan prestasi.

    Komputer ini akan dijual pada harga bermula RM13,999 dan pra-tempahan akan dibuka bermula 30 Oktober 2021 di Acer estore, Acer Flagship Store Shopee atau pengedar Acer sah.

    Predator Helios 300

    Siri Predator Helios 300 pula dilancarkan semula dengan cipset 11th Gen Intel Core i9, GPU NVIDIA GeForece RTX3070, skrin IPS 165Hz QHD atau 360Hz FHD, RAM DDR4 sehingga 32GB, storan SSD PCIe NVMe 1TB dan kipas penyejukan AeroBlade 3D.

    "
    "

    Varian 15 inci akan dijual pada harga bermula RM6,299 manakala varian 17 inci pula bermula RM7,999. Pra-tempahan boleh dibuat bermula hari ini di Acer estore, Acer Flagship Store Shopee atau pengedar Acer sah.

    Pra-tempahan yang dibuat sebelum 6 Oktober 2021 untuk Helios 300 akan menerima hadiah bernilai RM1,000 iaitu Predator Gaming Utility Backpack, Predator Galea 350 Headset dan pelbagai produk istimewa lain. Untuk varian yang dilengkapi Intel Core i9, pelanggan akan turut menerima kerusi Predator Gaming Chair (bernilai RM1,299).

    Pelanggan yang membuat pra-tempahan untuk Predator Triton 500 SE atau Predator Helios 500 pada 30 Oktober hingga 6 November 2021 juga akan menerima semua hadiah di atas.

    Layari laman web Acer Malaysia atau laman rasmi Acer dalam Shopee untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured