More

    Siri AMD Ryzen 5000 dengan Zen 3 baru diumum, kelajuan hingga 4.9GHz bermula ~RM1,241

    Terkini, AMD telah mengumumkan barisan prmproses baharunya, siri AMD Ryzen 5000 dengan seni bina Zen 3 yang terbaru. Untuk pengetahuan anda, siri AMD terbaru ini adalah siri pemproses AMD pertama yang hadir dengan Zen 3.

    Dalam siri ini, terdapat empat pemproses atau CPU yang diperkenal seperti di bawah:

    ModelTeras/BebenangTDP (Watt)Kelajuan Boost/Frekuensi Asas (GHz)Jumlah CachePenyejukHarga (dalam Dolar Amerika)Sedia di Pasaran
    AMD Ryzen 9 5950X16 Teras/32 Bebenang105WSehingga 4.9/3.470MBTidak tersedia$799 (~RM3,316)5 November 2020
    AMD Ryzen 9 5900X12 Teras/24 Bebenang105WSehingga 4.8/3.770MBTidak tersedia$549 (~RM2,278)5 November 2020
    AMD Ryzen 7 5800X8 Teras/16 Bebenang105WSehingga 4.7/3.836MBTidak tersedia$449 (~RM1,863)5 November 2020
    AMD Ryzen 5 5600X6 Teras/12 Bebenang65WSehingga 4.6/3.735MBWraith Stealth$299 (~RM1,241)5 November 2020
    Sumber: AMD

    Kesemua CPU ini mempunyai peningkatan prestasi tersendiri, namun AMD menyatakan bawaha AMD Ryzen 9 5900X menawarkan naik taraf prestasi gaming sebanyak 26%. AMD Ryzen 9 5950X pula disifatkan sebagai CPU paling berkuasa setakat ini.

    Seni bina cip Zen 3 yang terbaru menawarkan kadar IPC (Instructions per Cycle) yang meningkat sebanyak 19%, yang mana menjadi nilai terbeza setakat penghasilan CPU dilengkapi Zen bermula pad atahun 2017.

    Kesemua CPU ini akan mula tersedia di peringkat global pada 5 November 2020. Apa pun, kita perlu menunggu harga rasminya di Malaysia yang akan diumum kelak. Anda boleh melihat maklumat lanjut disini.

    AMD turut mengacah siri GPU AMD Radeon EX 6000 yang mampu memberi prestasi 61fps dalam resolusi 4K. Ia akan diumumkan dengan lebih lanjut pada 29 Oktober ini dalam sebuah acara, jam 12AM (waktu Malaysia).

    Adakah anda berminat dengan CPU yang dikatakan paling berkuasa di dunia ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Find X10 Pro Max tiba sebagai telefon pertama di dunia dengan tiga kamera...

    OPPO secara rasmi memperkenal peranti mercu terbaharu Find X10 Pro Max yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Dimensity 9600 Pro. Sistem kamera...

    MediaTek umum Dimensity CX C10 Max, cip 3nm pertama khas untuk Googlebook

    MediaTek melancarkan pemproses baharu Dimensity CX C10 Max yang merupakan cip pertama di bawah siri siri Compute Experience (CX). Pemproses ini dibina...

    vivo OriginOS 7 dilancar dengan prestasi lancar hingga 72 bulan!

    vivo secara rasmi memperkenalkan sistem operasi OriginOS 7 yang direka untuk mengekalkan prestasi lancar menerusi ujian anti-penuaan makmal selama 72 bulan. Sistem...

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured