More

    Siri AMD Ryzen 7000 dilancar: Reka bentuk Zen 4 & platform AM5 baharu bermula ~RM1,341

    Hari ini, AMD memperkenalkan cipset desktop siri Ryzen 7000 generasi seterusnya dengan seni bina Zen 4. Barisan baharu ini menandakan cipset PC 5nm pertama di dunia, menyediakan prestasi untuk gaming dan pencipta kandungan.

    Terdapat sejumlah empat model Ryzen 7000 dan model premium iaitu AMD Ryzen 9 7950X. Ia menawarkan sehingga 57% prestasi penciptaan kandungan yang lebih baik dalam V-Ray Render dan sehingga 47% lebih kecekapan tenaga. Cipset ini membantu dalam rakaman video, kerja grafik ringan dan sokongan berbilang paparan.

    Siri Ryzen 7000 menampilkan sehingga 16 teras dan 32 utas (threads) dengan peningkatan prestasi teras tunggalnya. Ia meningkat kepada +29%2, sehingga 45% lebih dipertingkatkan dalam POV-Ray sehingga 15% lebih pantas untuk prestasi gaming serta sehingga 27% prestasi-per-watt yang lebih baik. Ia juga menawarkan purata prestasi gaming 5% lebih pantas berbanding cipset gaming utama pesaingnya.

    Selain itu, terdapat juga platform AMD Socket AM5 baharu yang menawarkan memori dwi-saluran DDR5 dan sehingga 24 lorong (lanes) PCIe 5.0. AMD mengatakan syarikat itu akan menyokong platform tersebut menjelang 2025. Teknologi AMD EXPO menyediakan pengguna tetapan profil lanjutan untuk overclocking memori DDR5 dengan prestasi gaming pantas sehingga 11%.

    Dari segi harga, siri Ryzen 7000 bermula dari $299 (~RM1341) dan akan dijual secara global mulai 27 September 2022. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...