More

    Siri animasi Mechamato kini tembusi pasaran China, strim melalui Youku

    Animasi tempatan yang semakin mendapat tempat di hati penonton, Mechamato, kini melangkah lebih jauh apabila berjaya menembusi pasaran China. Siri animasi ini akan ditayangkan di negara tersebut menerusi platform penstriman Youku.

    Perkembangan membanggakan ini diumumkan sendiri oleh pengasas bersama syarikat produksi Monsta, Nizam Abdul Razak, menerusi satu hantaran di saluran media sosial rasminya. Menurut Nizam, kerjasama bersama Youku bukan sahaja melibatkan penstriman kandungan, malah turut merangkumi aspek pelesenan dan barangan dagangan (merchandising).

    Beliau menyifatkan langkah ini sebagai satu perkembangan penting dalam usaha memperluaskan jenama Mechamato dan juga jenama Malaysia ke peringkat antarabangsa. Terdahulu, Mechamato mencatat sejarah apabila filem animasi tersebut berjaya meraih kutipan sebanyak RM18.3 juta dalam tempoh hanya 11 hari tayangan.

    Jumlah itu terus meningkat kepada RM34 juta selepas empat minggu ditayangkan. Kejayaan animasi ini tidak terhenti di situ. Pada tahun 2022, Mechamato mula ditayangkan di Netflix Jepun manakala pada tahun 2023, ia menerima pengiktirafan antarabangsa apabila memenangi Anime Fan Award di Tokyo Anime Award Festival.

    Kini dengan penayangannya di China, Mechamato dijangka terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu animasi tempatan paling berjaya yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured