More

    Siri Apple iPhone 14 bakal hadir tanpa slot kad SIM, gunakan eSIM sepenuhnya

    Beberapa hari lalu, dilaporkan bahawa model siri Apple iPhone 15 Pro yang akan dilancarkan pada tahun 2023 berkemungkinan hadir tanpa slot kad nano-SIM fizikal dan hanya menyokong dwi kad eSIM. Kini, laporan terbaharu menunjukkan bahawa pertukaran daripada SIM fizikal kepada eSIM boleh berlaku lebih awal daripada yang dijangkakan.

    Model siri iPhone 14 yang akan dilancarkan pada 2022 didakwa mungkin tiada slot kad nano-SIM fizikal. Menurut laporan daripada MacRumors, Apple telah menasihatkan syarikat telko utama di Amerika Syarikat untuk bersedia bagi pelancaran telefon pintar dengan ciri eSIM sahaja menjelang September 2022.

    Mereka juga telah mengakses dokumen yang menggariskan jangka masa untuk inisiatif ini walaupun dokumen itu tidak menyebut secara khusus produk Apple yang lain atau iPhone. Syarikat itu juga sedang melakukan peralihan kerana beberapa syarikat telko di AS sudah mula menawarkan model iPhone 13 terpilih tanpa kad nano-SIM mulai suku kedua 2022.

    Kami menjangkakan Apple akan tetap membuat model iPhone dengan slot kad SIM fizikal untuk kawasan yang tidak tersedia bagi fungsi eSIM. Sebelum ini, terdapat khabar angin tentang Apple merancang untuk mengeluarkan port Lightning daripada telefon pintarnya dan jika syarikat itu juga mengeluarkan slot kad SIM fizikal, maka ia akan menjadi satu langkah lebih baik untuk reka bentuk dalam meningkatkan ketahanan kalis air.

    Apple mempunyai rekod sebelum ini ini dengan mengambil beberapa tindakan berani. Jadi, ada kemungkinan bahawa maklumat ini benar. Kami menjangkakan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini dalam beberapa minggu akan datang.

    Adakah anda menantikan peranti ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured