More

    Siri Apple Watch 8 dan AirPods generasi akan datang bakal miliki ciri pengurusan kesihatan baharu

    Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Apple telah menekankan ciri pengurusan kesihatan yang terdapat pada peranti pintarnya seperti pengesan ECG, pengesan kejatuhan dan pengukuran oksigen dalam darah. Penganalisis Apple terkenal, Ming-Chi Kuo telah mengulas mengenai ciri pengurusan kesihatan untuk AirPods dan siri Apple Watch 8 yang akan datang.

    Beliau berpendapat bahawa permintaan terhadap Apple Watch pada tahun 2022 akan tinggi kerana syarikat itu sedang memberi penekanan dalam faktor dan ciri pengurusan kesihatan terutama pengesan tahap suhu badan.

    Secara tidak langsung, Apple Watch akan datang boleh dikategorikan sebagai termometer yang terletak pada pergelangan tangan. Bloomberg juga melaporkan bahawa Apple Watch pada tahun 2022 bakal menampilkan sensor suhu badan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook dalam wawancaranya pada tahun lalu mengatakan bahawa Apple Watch yang ada pada hari ini adalah dalam peringkat permulaan sebelum menambahkan beberapa sensor lain.  Hal ini kerana beliau percaya bahawa badan manusia mempunyai banyak sensor untuk dibaca.

    Tambahan, Kuo mengatakan bahawa AirPods akan datang mempunyai sistem yang selari dengan Apple Watch untuk menyediakan fungsi pengurusan kesihatan yang lebih baik. Namun, perkara itu masih belum disahkan.

    Pada Mei lalu, muncul laporan bahawa AirPods generasi akan datang bakal miliki teknologi untuk mengesan nadi jantung, jumlah langkah dan tahap kesihatan. Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured