More

    Siri ASUS ROG Phone 7 dilancar: SD 8 Gen 2, skrin AMOLED 165 Hz dan peningkatan sistem penyejukan

    Hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) mengumumkan siri telefon pintar gaming ROG Phone 7 yang terdiri daripada ROG Phone 7 dan ROG Phone 7 Ultimate pada acara pelancaran maya For Those Who Dare.

    Siri ROG Phone 7 menggunakan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dengan sistem terma GameCool 7 dan penalaan ROG khas untuk memberikan pengalaman gaming terbaik. Ruang wap kitaran pantas baharu meningkatkan kecekapan pelesapan haba sehingga 168% membolehkan siri ini mengekalkan suhu rendah.

    Dengan Snapdragon Elite Gaming, ROG Phone 7 menyokong pengesanan sinar dipercepat perkakasan masa nyata untuk gamers menikmati pantulan hiper-realistik terutamanya pada permukaan air dan logam. ROG Phone 7 memberikan bunyi 2.1 saluran yang menakjubkan apabila aksesori AeroActive Cooler 7 baharu yang menempatkan subwufer dipasang.

    Siri kali ini dipadankan dengan 533Mbps RAM LPDDR5X 16GB, ROM UFS 4.0 512GB, Wi-Fi 7 dengan Qualcomm FastConnect 7800, menyokong saluran 320 MHz ultra-pantas dan operasi Berbilang Pautan. Ia menggunakan paparan Samsung AMOLED 165Hz dengan kadar pensampelan sentuh 720 Hz, ketepatan warna Delta E <1 dan kecerahan 1,500 nits. 

    Untuk meminimumkan penggunaan kuasa tanpa menjejaskan prestasi, siri ROG Phone 7 memanfaatkan peningkatan 15% dalam kecekapan kuasa, sistem terma GameCool 7 yang dipertingkatkan. Untuk sesi maraton, AeroActive Cooler 7 yang disokong oleh penyejukan aktif berkuasa AI sambil menampilkan elemen Peltier untuk prestasi penyejukan tambahan.

    Lembaran grafit cekap haba dan ruang wap kitaran pantas baharu dalam ROG Phone 7 telah direka bentuk semula menjadi lebih besar menggunakan tiang sumbu berbentuk trisula khas pada tepi panjang ruang. Terdapat enam saluran pemulangan cecair yang bertindak sebagai lebuh raya untuk air mengalir kembali ke cipset untuk kitaran terma seterusnya. 

    Daripada segi audio, terdapat pembesar suara berkembar depan 12 x 16 mm  dengan audio 50% lebih berkesan dibantu oleh subwoofer 13 x 38 mm super-linear lima magnet dalam penyejuk AeroActive 7. Ia meningkatkan bunyi bass sebanyak 77% untuk bunyi 2.1. 

    Ia juga menghasilkan bunyi spatial seperti teater Dirac Virtuo For Headphone dengan sokongan teknologi Snapdragon Sound serta boleh mendayakan audio Bluetooth kesetiaan tinggi berkependaman super-rendah mengikut oilihan pendengaran pengguna.

    "
    "

    Ciri perisian X Sense membantu pemain untuk mengesan perkara pada skrin utama seperti apabila ikon baharu yang penting muncul pada peta atau musuh sedang menghampiri dengan pemberitahuan pop timbul. X Capture pula merupakan alat AI yang secara automatik merakam detik-detik penting dalam pertempuran. 

    Kawalan ultrasonik AirTrigger memberikan pemain kawalan seperti konsol yang menyokong pelbagai gerak isyarat termasuk Tindakan Dwi, Tekan dan Angkat serta Penujuan Gyroscope. Terdapat 10 kawalan gerakan dan motor linear paksi X yang memberikan maklum balas haptik dan ciri Pemetaan Getaran untuk maklum balas haptik boleh laras pada butang skrin maya.

    Harga dan ketersediaan bagi siri ASUS ROG Phone 7 akan diumumkan pada 10 Mei 2023. Ketahui lebih lanjut mengenai peranti ASUS ROG di Facebook, Twitter dan Pressroom. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured