More

    Siri ASUS ROG Phone 9 Pro mungkin akan mempunyai skrin dengan kadar 185Hz

    ASUS bakal melancarkan siri telefon pintar gaming terbaharu, ASUS ROG Phone 9, pada 19 November ini yang terdiri daripada ROG Phone 9 dan ROG Phone 9 Pro. Kedua-dua telefon bakal dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite untuk menawarkan prestasi gaming terpantas, dan kini spesifikasi untuk skrinnya pula mungkin telah tertiris.

    Menurut pengkhabar berita teknologi popular dari China, Digital Chat Station, ROG Phone 9 Pro dikhabarkan bakal dilengkapi skrin OLED LTPO dengan kadar segar semula (refresh rate) setinggi 185Hz. Jika benar, ini bakal menjadikan skrin ROG Phone 9 Pro mempunyai kadar segar semula yang tertinggi untuk telefon pintar setakat ini.

    Selain itu, rekaan belakangnya juga sudah tertiris di mana ia mengekalkan rekaan yang serupa seperti ROG Phone 8, dengan corak minimal dan lampu AniMe Vision di bahagian belakang. Antara ciri-ciri lain yang dijangka untuk siri ROG Phone 9 termasuklah bateri 6,000mAh, pemicu AirTriggers, sistem penyejukan yang lebih efisien, rating kalis air IP68 dan pelbagai fungsi kecerdasan buatan (AI).

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon gaming ASUS ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured