More

    Siri dengan Apple Intelligence akan tiba pada 2026

    Apple dilaporkan merancang untuk melancarkan Siri yang dilengkapi Apple Intelligent sekitar Mac 2026, menurut laporan terkini oleh Mark Gurman daripada Bloomberg. Difahamkan, Apple kini menetapkan sasaran dalaman untuk pengeluaran ciri tersebut dan wakil Apple mengesahkan bahawa mereka sedang menumpukan usaha ke arah pelancaran pada tahun tersebut.

    Menurut Apple, keputusan menangguhkan ciri ini dibuat selepas ujian dalaman menunjukkan isu kualiti yang berterusan menyebabkan mereka memilih untuk menukar kepada seni bina teknologi yang lebih berkuasa bagi mengatasi masalah tersebut. Pada awalnya, Apple merancang untuk memperkenalkan ciri Siri dengan AI dalam kemas kini iOS 18.4.

    Namun, selepas kelewatan selama setahun untuk membangunkan semula asas sistemnya, fungsi ini dijangka diperkenalkan dalam kemas kini iOS 26.4. Gurman turut melaporkan bahawa sekiranya pembangunan dalam beberapa minggu akan datang menunjukkan kemajuan positif, Apple mungkin akan membuat pratonton ciri baharu ini ketika pelancaran iPhone 17.

    Apple mula memperkenalkan kemas kini Siri berasaskan Apple Intelligence semasa WWDC 2024 sebagai tarikan utama dalam promosi iPhone 16. Akibat kelewatan yang diumumkan pada Mac tahun ini, ramai pengguna yang membeli iPhone 16 dengan harapan untuk mencuba ciri baharu ini menyuarakan rasa tidak puas hati.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang berita ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured