More

    Siri eksperimen ketahanan skrin HONOR X9a 5G buktikan telefon tidak mudah calar, retak dan rosak

    Seperti dalam artikel sebelum ini, HONOR X9a 5G menampilkan skrin lengkung OLED Ultra kukuh menunjukkan ia tidak mudah retak atau calar walaupun jatuh pada ketinggian sekitar dua meter.

    HONOR berkongsi sebuah video menunjukkan HONOR X9a 5G melalui beberapa siri eksperimen menguji ketahanan skrin. Salah satu eksperimen memperlihatkan skrin HONOR X9a 5G dihentak pada buah tembikai dan ketam. 

    Seterusnya, skrin HONOR X9a 5G dihentakkan pada kacang Walnut tetapi kacang tersebut yang hancur seperti dalam video dan bukannya skrin. Ia juga dijatuhkan berulang kali ke atas lantai batu marmar dan konkrit dari ketinggian satu meter serta ujian jatuh mikro pula dilakukan sehingga 10,000 kali. 

    Skrin HONOR X9a 5G terus diuji lagi dengan melakukan ujian tekanan duduk dengan peranti tersebut di dalam poket. Ujian diubah suai mengikut beza berat badan, postur duduk dan fabrik kain bagi menggambarkan pelbagai situasi. 

    Sensitiviti dan gerakan skrin pada skrin lengkung OLED masih berfungsi dengan baik membuktikan HONOR X9a 5G tidak mudah rosak. Selain ujian-ujian yang dinyatakan di atas, HONOR X9a 5G juga lulus 33 ujian lasak lain melibatkan klik, tekanan menekan dan menekan butang kuasa.

    Ketahui berita terkini tentang HONOR X9a 5G di laman web rasmi HONOR atau ikuti Facebook HONOR Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured