More

    Siri Galaxy Samsung S20 sah dilancarkan di Malaysia – Kunjungi roadshow di tempat anda dan bawa pulang Samsung 4K Smart UHD TV

    Terdahulu, dek kerana perhatian dan permintaan yang meluas terhadap flagship terbaru Samsung siri Galaxy S20, Samsung telah membuka peluang pra-tempahan terlebih dahulu sebelum melancarkannya. Hari ini, kami telah menyaksikan pelancaran siri Samsung Galaxy S20 di Malaysia.

    Seperti yang anda sudah sedia maklum, flagship ini telah rasmi di Malaysia namun tiada acara pelancaran rasmi yang dilakukan sehingga ke hari ini. Sepintas lalu, siri kali ini menampilkan Samsung Galaxy S20, S20+ dan S20 Ultra dengan beberapa spesifikasi yang sama dan beberapa spesifikasi berbeza. Namun, semestinya siri ini hadir dengan reka bentuk, paparan 120Hz dan cipset Exynos 990 yang sama, kecuali saiz paparan Galaxy S20 6.2 inci, S20+ 6.7 inci dan S20 Ultra 6.9 inci. Anda boleh melihat spesifikasi penuh ketiga-tiga keluarga baru Samsung ini di sini.

    Untuk makluman anda juga, Samsung bakal mengadakan roadshow pada 6 hingga 8 Mac di beberapa negeri di Malaysia! Jangan ketinggalan untuk merebut peluang tawaran hebat di roadshow tersebut!

    Apa yang menarik, pembeli awal siri Galaxy S20 berpeluang membawa pulang Samsung 4K Smart UHD TV 50″ bernilai RM2,599 atau anda boleh memilih untuk trade-in mana-mana kamera lama bagi mendapatkan pulangan RM400. Gunakan rebate tersebut untuk membeli siri Samsung Galaxy S20! Anda juga boleh mendapat hadiah eksklusif roadshow iaitu Wireless Charger Pad bersama kad MikroSD bernilai RM378.

    Jumlah unit hadiah yang akan diberi semasa roadshow

    Adakah anda telah membuat pra-tempahan untuk siri S20 ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang. Untuk pengetahuan anda, peluang pra-tempahan masih dibuka sehingga 1 Mac 2020! Nantikan berita pelancaran telefon pintar di Malaysia yang seterusnya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...