fbpx
More

    Siri “Gaming” Redmi K50: Mungkin miliki cipset Dimensity 9000 juga dikenali sebagai POCO F4 GT

    Xiaomi dikatakan sedang mengusahakan peranti dengan pemproses Mediatek Dimensity 2000 atau Dimensity 9000 di bawah nama kod Matisse. Kini terdapat sumber mengatakan bahawa telefon pintar gaming Redmi K50 mungkin akan dijenamakan semula sebagai POCO F4 GT untuk pasaran antarabangsa.

    Redmi K50 Gaming yang juga bernombor modelkan L10 dikuasakan oleh pemproses Dimensity 9000. Nama dalam pasarannya dijangka sebagai Redmi K50 Gaming atau Redmi K50 Gaming Pro manakala untuk pasaran global dikenali sebagai POCO F4 GT. Jika dilihat pada data IMEI, nombor model 21121210C adalah untuk pasaran China, nombor model 21121210I untuk India dan nombor model 21121210G untuk pasaran global. Namun, perisian MIUI dan bilangan peranti masih belum sesuai untuk pelancaran pada bulan Disember ini.

    Rekod IMEI 21121210I
    Rekod IMEI 21121210G
    Rekod IMEI 21121210C

    Ia dijangka hadir dengan paparan OLED 120 Hz atau 144 Hz dengan dua sensor iaitu Goodix dan FPC untuk kegunaan pengimbas cap jari. Menurut sumber, ia hadir dengan empat kamera yang terdiri daripada sensor Sony Exmor IMX686 64MP, sensor ultra lebar OV13B10 Omnivision 13 MP, sensor OV08856 Omnivision 8MP sebagai telemakro dan sensor GC02M1 GalaxyCore 2MP sebagai sensor kedalaman. Terdapat juga versi peranti ini dengan sensor Samsung ISOCELL HM2 beresolusi 108MP.

    Sementara itu, Redmi K50 Gaming Standard Edition adalah peranti mampu milik siri Redmi K50 Gaming yang diberi nama kod rubens. Nombor model 22041211AC atau L11A ini terdapat beberapa perbezaan dengan Redmi Note 10 Pro 5G dan Redmi K40 Gaming Edition seperti cipset yang akan digunakan iaitu MediaTek Dimensity 7000 dan bukannya MediaTek Dimensity 9000. Kami membandingkannya dengan Redmi Note 10 Pro 5G kerana Redmi Note 10 Pro 5G mungkin boleh didapati di pasaran China sebagai Redmi K40 Gaming Standard Edition. 

    Rekod IMEI 22041211AC

    Ia tersedia dengan tri-kamera di mana kamera utamanya sama seperti model pro, tetapi menggunakan sensor Samsung ISOCELL GW3 64MP. Redmi K50 Gaming Edisi Standard (rubens) akan eksklusif untuk China manakala POCO F4 GT (Redmi K50 Gaming) akan tersedia di semua negara kecuali Jepun. Kami menjangkakan kedua-dua peranti akan diperkenalkan pada April 2022. Pembangunan Redmi K50 Gaming (matisse) dengan MIUI bermula pada 17 Oktober 2021, manakala pembangunan Redmi K50 Gaming Standard Edition (rubens) dengan MIUI bermula pada 10 November 2021.

    Sebelum ini, Redmi K40 Gaming Global telah dilancarkan di pasaran dengan nama POCO F3 GT manakala Redmi Note 10 Pro 5G dilancarkan sebagai POCO X3 GT. Walau bagaimanapun, peranti ini tidak dirancang untuk dijual di pasaran global atau India dan hanya eksklusif di pasaran China. Menjelang tahun 2022, POCO X4 GT mungkin tidak diperkenalkan dalam siri POCO X4.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Xiaomiui

     

    Artikel Terkini

    Siri POCO F6 akan dilancar pada 23 Mei 2024, mungkin Redmi K70 yang dijenamakan...

    POCO bakal melancarkan siri telefon pintar POCO F6 dan POCO F6 Pro pada hari Khamis, 23 Mei 2024. Syarikat teknologi itu sebenarnya...

    RUU Keselamatan Dalam Talian akan dibentangkan pada tahun ini

    Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan akan membentangkan rang undang-undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sebelum tahun ini berakhir. Pihaknya masih...

    realme GT 6T akan dilancar pada 22 Mei 2024, dilengkapi skrin 6,000 nits, cas...

    Sebelum ini, realme mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan realme GT 6T pada bulan ini, namun tarikhnya tidak diperincikan....

    Siri HONOR 200 akan dilancar pada 27 Mei 2024, terdiri dengan 4 pilihan warna

    HONOR bakal melancarkan siri telefon pintar kelas pertengahan HONOR 200 dan HONOR 200 Pro pada hari Isnin, 27 Mei 2024 di China...

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    X