More

    Siri Google Pixel 10 dilancar di Malaysia: Tensor G5, Android 16, fungsi AI baharu bermula RM3,999

    Google hari ini telah melancarkan beberapa telefon terbaru dalam siri Pixel iaitu Pixel 10, Pixel 10 Pro dan Pixel 10 Pro XL. Semua telefon dalam siri Pixel 10 dilengkapi pemproses Google Tensor G5 untuk prestasi yang pantas dan fungsi kecerdasan buatan (AI) terkini untuk memudahkan hidup anda.

    Perbezaan ketara antara Pixel 10 dan Pixel 10 Pro adalah daripada segi resolusi skrin dan kamera, di mana Pixel 10 Pro mempunyai resolusi skrin yang lebih tinggi dan sensor kamera yang lebih tajam.

    Pixel 10 Pro XL pula merupakan varian dengan saiz paling besar, terutamanya dengan skrin 6.8 inci. Ia juga mempunyai kapasiti bateri yang paling besar dan kadar pengecasan yang paling pantas dalam siri Pixel 10.

    Antara fungsi terbaru dalam siri Pixel 10 termasuklah Magic Cue yang akan menyediakan pemberitahuan penting buat anda, dengan mengambil maklumat daripada aplikasi-aplikasi lain seperti Gmail, Calendar, Screenshots, Messages dan banyak lagi. Sebagai contoh, jika anda ingin memberitahu rakan-rakan anda tentang jadual penerbangan anda, Magic Cue akan merujuk jadual tersebut dan menyediakan cadangan untuk dihantar melalui aplikasi Messages.

    Selain itu, Daily Hub menyediakan maklumat yang khas untuk anda pada setiap hari, berdasarkan kalendar, topik-topik relevan dengan minat anda, senarai main (playlists) yang dicadangkan dan banyak lagi.

    Siri telefon ini juga menyediakan fungsi Voice Translate yang akan menterjemah percakapan anda sewaktu membuat panggilan telefon secara masa nyata (real-time). Buat masa ini ia hanya menyokong bahasa Inggeris, Sepanyol, Jerman, Jepun, Perancis, Hindi, Itali, Portugis, Sweden, Rusia dan Indonesia.

    Gemini Live pula kini boleh mengakses kamera anda untuk beri penyelesaian kepada sebarang permasalahan anda. Anda juga boleh hasilkan video janaan AI dengan Google AI Pro.

    Dalam aplikasi Pixel Screenshots dan Recorder, ia telah disepadukan dengan pembantu nota NotebookLM, di mana ia akan mengimbas sebarang screenshot yang diambil dan tentukan sama ada ia sesuai dimasukkan ke dalam nota anda, atau menulis transkrip daripada rakaman audio ke dalam nota.

    "
    "

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk ketiga-tiga telefon Pixel 10:

    Google Pixel 10

    • Skrin OLED 6.3 inci, resolusi 1080×2424, kadar segar semula 60-120Hz, kecerahan puncak 3,000 nits, kaca Gorilla Glass Victus 2
    • Cipset Google Tensor G5
    • RAM 12GB
    • Storan dalaman 128GB atau 256GB
    • Kamera utama 48MP + kamera ultra-lebar 13MP + kamera telefoto 10.8MP dengan zum optikal 5x
    • Kamera hadapan 10.5MP, medan penglihatan 95°
    • Bateri 4,970mAh, boleh bertahan lebih daripada 24 jam
    • Pengecasan pantas 30W, boleh cas sehingga 55% dalam masa 30 minit
    • Pengecasan wayarles 15W
    • Port USB-C 3.2
    • Pembesar suara stereo, 3 mikrofon
    • Sistem operasi Android 16, akan menerima kemas kini selama 7 tahun
    • Fungsi Google AI: Gemini Nano, Gemini, Pixel Screenshots, Magic Cue, Circle to Search, Live Translate, Clear Calling
    • Rating kalis air IP68
    • Pilihan warna Indigo, Frost, Lemongrass, Obsidian
    • Harga: bermula RM3,999

    Google Pixel 10 Pro

    • Skrin OLED 6.3 inci, resolusi 1280×2856, kadar segar semula 1-120Hz, kecerahan puncak 3,300 nits, kaca Gorilla Glass Victus 2
    • Cipset Google Tensor G5
    • RAM 16GB
    • Storan dalaman 128GB, 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 48MP + kamera telefoto 48MP dengan zum optikal 5x, zum digital sehingga 100x
    • Kamera hadapan 42MP, medan penglihatan 103°
    • Bateri 4,870mAh, boleh bertahan lebih daripada 24 jam
    • Pengecasan pantas 30W, boleh cas sehingga 55% dalam masa 30 minit
    • Pengecasan wayarles 15W
    • Port USB-C 3.2
    • Pembesar suara stereo, 3 mikrofon
    • Sistem operasi Android 16, akan menerima kemas kini selama 7 tahun
    • Fungsi Google AI: Gemini Nano, Gemini, Pixel Screenshots, Magic Cue, Circle to Search, Live Translate, Clear Calling
    • Rating kalis air IP68
    • Pilihan warna Moonstone, Jade, Porcelain, Obsidian
    • Harga: bermula RM4,999

    Google Pixel 10 Pro XL

    • Skrin OLED 6.8 inci, resolusi 1344×2992, kadar segar semula 1-120Hz, kecerahan puncak 3,300 nits, kaca Gorilla Glass Victus 2
    • Cipset Google Tensor G5
    • RAM 16GB
    • Storan dalaman 256GB atau 512GB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 48MP + kamera telefoto 48MP dengan zum optikal 5x, zum digital sehingga 100x
    • Kamera hadapan 42MP, medan penglihatan 103°
    • Bateri 5,200mAh, boleh bertahan lebih daripada 24 jam
    • Pengecasan pantas 45W, boleh cas sehingga 70% dalam masa 30 minit
    • Pengecasan wayarles 25W
    • Port USB-C 3.2
    • Pembesar suara stereo, 3 mikrofon
    • Sistem operasi Android 16, akan menerima kemas kini selama 7 tahun
    • Fungsi Google AI: Gemini Nano, Gemini, Pixel Screenshots, Magic Cue, Circle to Search, Live Translate, Clear Calling
    • Rating kalis air IP68
    • Pilihan warna Moonstone, Jade, Porcelain, Obsidian
    • Harga: bermula RM5,999

    Pra-tempahan untuk setiap Pixel 10 akan dibuka bermula 21 Ogos, manakala penjualan rasmi akan bermula pada 28 Ogos. Setiap pelanggan Pixel 10 juga akan menerima langganan Google AI Pro selama setahun.

    Layari laman web Google untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured