More

    Siri GoPro MISSION 1 tiba dengan sensor 1 inci 50MP, rakaman 8K 60fps dan bateri tahan 5 jam

    GoPro memperkenalkan siri kamera baharu MISSION 1 yang memfokuskan rakaman resolusi tinggi, prestasi cahaya rendah dan tempoh penggunaan lebih lama. Siri ini hadir dengan tiga model iaitu MISSION 1 PRO, MISSION 1 dan MISSION 1 PRO ILS yang kesemuanya menggunakan sensor 1 inci 50MP dan cip GP3 5nm baharu yang meningkatkan kecekapan dan kawalan haba.

    Model PRO dan PRO ILS menyokong rakaman sehingga 8K 60fps, 4K 240fps serta 1080p sehingga 960fps untuk gerak perlahan. Model asas pula menawarkan sehingga 8K 30fps, 4K 120fps dan 1080p 240fps. Semua model menyokong rakaman sensor penuh (Open Gate) yang memberi fleksibiliti untuk suntingan.

    Untuk bateri, ia mampu merakam lebih lima jam pada 1080p dan lebih tiga jam pada 4K menggunakan bateri Enduro 2. Kamera ini turut dilengkapi mod rakaman automatik, kawalan manual, sokongan warna 10-bit, HDR dan rakaman audio empat mikrofon dengan pengurangan bunyi angin.

    Untuk rekaan, MISSION 1 dan PRO kalis air sehingga 20 meter tanpa pelindung tambahan atau 60 meter dengan bekas khas. Model PRO ILS pula menyokong penggunaan lensa boleh tukar. Jualan global akan dibuka pada 28 Mei manakala harga akan diumumkan kemudian.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GoPro

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured