More

    Siri HONOR 300 dilancar dengan cipset Snapdragon dan pengecasan pantas 100W bermula ~RM1,410

    HONOR baru sahaja melancarkan telefon pintar dalam siri 300 yang menampilkan tiga model utama iaitu HONOR 300, HONOR 300 Pro dan HONOR 300 Ultra. HONOR 300 menampilkan skrin rata dengan reka bentuk minimalis sementara HONOR 300 Pro tampil lebih premium dengan skrin hiperbolik yang melengkung pada bahagian depan.

    Untuk model Ultra, HONOR mengambil pendekatan mewah dengan kemasan kulit yang diproses secara halus atau kaca berkilau. Model ini lebih ringan dan selesa dipegang. Pilihan warna juga menambahkan variasi kepada setiap model. HONOR 300 menawarkan warna Ink Rock Black, Jade Dragon Snow, Chaka Green, Cangshan Grey dan Luyan Purple.

    Versi Pro hadir dalam tiga warna seperti Ink Rock Black, Starlight Sand dan Chaka Green. Bagi Ultra, pengguna boleh memilih antara dua warna elegan iaitu Ink Rock Black dan Camellia White. Ketiga-tiga model dilengkapi kamera hadapan 50MP. HONOR 300 mempunyai sistem kamera dwi dengan sensor utama Sony IMX906 50MP dan lensa ultra-lebar makro 12MP.

    HONOR 300 Pro menambah satu lagi kamera telefoto 50MP yang membolehkan pengguna mengambil potret yang menyerupai kualiti kamera DSLR. HONOR 300 Ultra membawa pengalaman fotografi ke tahap yang lebih tinggi dengan kamera telefoto periskop 50MP yang mampu melakukan 3.8X zum optik dan 100X zum digital.

    Semua model dilengkapi dengan skrin OLED berkadar penyegaran 120Hz. Skrin HONOR 300 berukuran 6.7 inci dengan resolusi 2664×1200 manakala model Pro dan Ultra menggunakan skrin quad-curved 6.78 inci yang lebih besar dan resolusi lebih tinggi iaitu 2700×1224. Selain itu, siri ini juga dilengkapi ciri perlindungan mata dan kecerahan puncak 4000 nit.

    Daripada segi prestasi, HONOR 300 dijana oleh cip Snapdragon 7 Gen 3 sementara model Pro dan Ultra menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang lebih berkuasa. Model Ultra juga memiliki sistem penyejukan VC bionik untuk memastikan suhu tetap terkawal walaupun digunakan dalam tempoh lama.

    Ketiga-tiga telefon disokong oleh bateri 5300mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W, namun model Pro dan Ultra menawarkan pengecasan tanpa wayar 80W. HONOR 300 dijual pada harga bermula 2,299 yuan (~RM1,410) untuk model 8/256GB.

    HONOR 300 Pro pula bermula pada 3,399 yuan (~RM2,084) untuk model 12/256GB dan HONOR 300 Ultra ditawarkan pada harga 4,199 yuan (~RM2,574) untuk model 12/512GB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan salah satu telefon dalam siri HONOR 300 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...