More

    Siri HONOR 400 bakal dilancar di Malaysia pada 22 Mei 2025, dilengkapi kamera 200MP

    Selepas mengesahkan bahawa Malaysia bakal jadi negara pertama yang menerima siri telefon pintar HONOR 400, kini HONOR mengumumkan bahawa telefon ini akan dilancar pada hari Khamis, 22 Mei 2025.

    Kami telah pun menghadiri sesi taklimat media untuk siri telefon ini yang terdiri daripada HONOR 400 5G dan HONOR 400 Pro 5G. Berikut merupakan beberapa gambar yang menunjukkan dua telefon ini:

    HONOR 400 5G
    HONOR 400 Pro 5G

    Selain itu, HONOR mengatakan telefon ini akan dilengkapi kamera utama 200MP Ultra-Clear AI Camera yang menjanjikan kualiti gambar yang cantik. Sungguh pun begitu, ia tidak mempunyai butang khas yang didedikasikan kepada kamera, seperti yang terdapat pada HONOR 400 Lite.

    Satu lagi ciri yang menarik adalah ia bakal menjadi telefon pertama dalam dunia dengan fungsi AI Image to Video, di mana ia boleh menukarkan sebuah gambar kepada video pendek menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif.

    Spesifikasi lain yang dikhabarkan setakat ini adalah skrin OLED 1.5K, cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 dan kamera belakang 200MP+50MP.

    Adakah anda berminat dengan siri telefon ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured