More

    Siri HONOR 50 mungkin menyokong pengecasan sepantas 100W!

    HONOR dijangka akan melancarkan telefon andalan mereka, siri HONOR 50 dalam masa yang terdekat. Sebelum ini, reka bentuk peranti ini telah muncul di dalam talian. Kini, ia pula telah dikesan di pensijilan 3C dengan pengecas sepantas 100W.

    Melihat kepada penyenaraian peranti tersebut, sebuah telefon dengan nombor model NTH-AN00 (mungkin HONOR 50) dilihat hadir dengan pengecas 66W HW-110600C00 (pengecas yang digunakan oleh HONOR V40).

    Pada masa yang sama, sebuah lagi peranti dengan nombor model NRA-AN00 (mungkin HONOR 50 Pro) dilihat hadir dengan pengecas 100W HN0200500C00 yang baru. Berdasarkan sumber, pengecas 100W ini mungkin akan mengggunakan teknologi Qualcomm Quick Charge 5.

    Selain pengecasan pantas, siri HONOR 50 dijangka akan hadir dengan dua modul kamera bulat pada bahagian belakangnya. HONOR 50 dijangka akan menggunakan cipset Dimensity 1200, manakala versi Pro dengan cipset Snapdragon (mungkin SD 870).

    Adakah anda berminat dengan telefon jenama HONOR? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia dengan SD 8 Elite, kamera Exmor RS...

    Sony Malaysia melancarkan peranti mercu terbaharunya iaitu Sony Xperia 1 VIII untuk pasaran tempatan yang menampilkan rekaan belakang bertekstur ORE baharu diinspirasikan...

    TECNO tayang telefon skrin 0mm pertama – Tiada lagi bezel hitam!

    TECNO memperlihatkan telefon konsep Next-Gen Bezelless menjelang kemunculan pertamanya di acara IFA 2026. Ia dibangunkan untuk menghapuskan garisan hitam di sekeliling paparan...

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured