More

    Siri HONOR 70 bakal dilancar, mungkin miliki SD 7 Gen 1, bateri 4,800mAh dan kamera 108MP

    Siri HONOR 60 telah dilancarkan sekurang-kurangnya dalam enam bulan. Kini, terdapat tanda-tanda bahawa sekuel seterusnya bakal dikeluarkan kerana peranti tersebut telah diiktiraf oleh 3C. Sumber mendedahkan spesifikasi bateri manakala maklumat yang lain hanyalah sekadar khabar angin.

    Menurut khabar angin, FNE-AN00 adalah salah satu model siri HONOR 70. Kami menjangka siri ini bakal mengeluarkan HONOR 70, 70 Pro dan 70 Pro+. Model AN00 pula mempunyai bateri 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W (11V pada 6A). Berkemungkinan besar, model Pro+ akan membawa pengecasan yang lebih pantas.

    Maklumat lain termasuk HONOR 70 akan dikuasakan oleh cipset Snapdragon 7 Gen 1 yang mungkin diumumkan pada minggu hadapan. Ia dijangka menampilkan panel AMOMLED buatan BOE, 10-bit 120 Hz dan tri-kamera utama 108MP + ultra lebar 8MP + modul 2MP.

    HONOR 70 Pro dijangka membawa cipset Dimensity 8100, panel LTPO (1-120 Hz) dan tri-kamera utama 50MP (IMX766) + super ultra lebar 50MP dan kamera 8MP dengan OIS. Bateri pada HONOR 70 dan 70 Pro dijangka membawa bateri berkapasiti 4,800 mAh/66W seperti yang dilihat dalam pensijilan 3C.

    HONOR 70 Pro+ dikatakan bakal menjadi telefon andalan bagi siri ini. Ia mungkin menggunakan cipset Dimensity 9000 dan menyokong pengecasan pantas 100W membawa bateri 4,600 mAh. Kamera keempat ditingkatkan ke sensor 12MP, tetapi fungsinya masih tidak diketahui.

    Kami masih menunggu lebih banyak maklumat dan spesifikasi mengenai siri HONOR 70 menjelang pelancarannya. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Kaspersky dedah AI kini bantu penggodam serang lebih pantas

    Kaspersky memaklumkan bahawa ancaman siber kini semakin pantas dengan kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) serta mewujudkan jurang visibiliti yang serius bagi organisasi...

    Game Boy Advance kembali? Ayaneo lancar konsol “gaming” retro baharu

    Ayaneo secara rasmi memperkenalkan konsol permainan tangan terbaharu mereka iaitu Konkr Pocket Advance menerusi sesi siaran langsung pengenalan produk syarikat. Peranti ini...

    PRO-NET mulakan pemasangan tempatan Proton e.MAS 7 PHEV di AHTV, Tanjung Malim

    PRO-NET secara rasmi memulakan pengeluaran tempatan (CKD) bagi model Proton e.MAS 7 PHEV di Kilang EV PROTON yang terletak di Automotive High...

    Hisense lancar projektor laser XR10, PX4PRO dan L9Q di Malaysia — Bermula RM23,999

    Hisense secara rasmi melancarkan siri paparan laser terbaharu mereka di Malaysia menerusi pengenalan Hisense RGB Triple Colour Laser Projector XR10, RGB Laser...

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured