More

    Siri HONOR 70 dilancar: Dimensity 9000, OLED 6.78″ 120Hz dan kamera 54MP bermula ~RM1,775

    Baru-baru ini, siri HONOR 70 telah diumumkan dan ia menampilkan tiga model iaitu HONOR 70, 70 Pro dan Pro+. Untuk reka bentuk, HONOR 70 Pro dan Pro+ mempunyai persamaan. Namun, ia berbeza terutamanya pada bahagian cipset.

    HONOR 70

    HONOR 70 ialah peranti peringkat permulaan dalam siri HONOR 70 yang baru diumumkan tetapi ia masih membawakan spesifikasi yang menarik. Telefon ini mempunyai OLED 6.67 inci dengan resolusi FHD+, kadar penyegaran 120Hz dan frekuensi peredupan PWM 1,920Hz.

    Bahagian belakang menempatkan kamera utama Sony IMX 800 54MP (sensor 1/1.49” dengan piksel 1.0µm) + ultra lebar 50MP + sensor kedalaman 2MP. Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 32MP. Ia dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 778G+, RAM 8/12GB dan storan 256/512GB.

    Selain itu, ia menggunakan antara muka Magic UI 6.1 berasaskan Android 12 dan bateri berkapasiti 4,800mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. HONOR 70 hadir dalam warna hitam, hijau, biru dan gradient. Ia bermula pada CNY 2,699 (~RM1,775) untuk varian 8/256GB dan CNY 3,399 (~RM2,235) untuk varian 12/512GB.

    HONOR 70 Pro

    HONOR 70 Pro mempunyai kebanyakan perkakasan yang sama seperti Pro+ seperti paparan, kamera dan bateri. Peranti ini dilengkapi cipset Dimensity 8000 5nm yang menggunakan teras CPU Cortex-A78/A55 dan GPU Mali-G610 MC6.

    Model ini mempunyai pilihan varian dengan storan 256GB dan 512GB. 70 Pro bermula pada CNY 3,700 (~RM2,435) untuk varian 8/256GB, varian 12/256GB pula pada harga CNY 4,000 (~RM2,630) dan varian 12/512GB berharga CNY 4,400 (~RM2,895).

    HONOR 70 Pro+

    HONOR 70 Pro+ dikuasakan oleh Dimensity 9000 4nm dengan teras CPU Cortex-X2 (3.05GHz), A710, A510 dan GPU Mali-G710 MC10 serta modem 5G sub-6GHz baharu. Pro+ hadir dengan varian RAM sehingga 12GB dan storan 256GB.

    Paparan OLED 6.78 inci di bahagian hadapan menggunakan panel 10-bit dengan kadar penyegaran 120Hz dan pemalapan PWM frekuensi 1,920Hz. Ia boleh memaparkan video yang menggunakan format “HDR Vivid” yang dibangunkan terutamanya oleh HUAWEI. Ketiga-tiga model menampilkan Sony IMX800, sensor 1/1.49” dengan resolusi 54MP.

    "
    "

    Ia disertai dengan kamera ultra lebar 50MP yang berfungsi sebagai kamera makro (2.5cm/1” jarak fokus) dan kamera telefoto 8MP dengan pembesaran optik 3x (sehingga 30x digital) OIS. Akhir sekali, terdapat kamera lubang tebuk (punch hole) 50MP di bahagian hadapan yang mempunyai medan pandangan 100°.

    Siri HONOR 70 menampilkan mod Vlog yang menggunakan AI dan FoV untuk memastikan anda dan subjek berada dalam bingkai. Telefon ini boleh merakam video dengan kamera depan dan belakang serentak dengan penstabilan imej dan kesan AI.

    HONOR 70 Pro+ mempunyai kapasiti bateri 4,500mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W. Ia mampu mengecas daripada 0% kepada 60% dalam masa 15 minit dan sehingga 100% dalam masa 30 minit. HONOR 70 Pro+ dengan varian 8/256GB berharga CNY 4,300 (~RM2,830) dan varian 12/256GB berharga CNY 4,600 (~RM3,030).

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena 1|2

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...