More

    Siri HONOR 80 bakal dilancar 23 November ini: Tampilkan kamera 160MP

    Nampaknya, siri HONOR 80 bakal dilancar pada 23 November ini mengesahkan cipset yang akan digunakan serta spesifikasi kamera. Kini, ia turut mengeluarkan imej promosi peranti tersebut.

    Imej promosi baharu mengesahkan bahawa siri HONOR 80 akan membawa kamera utama 160MP. Menurut sumber, ia dijangka menggunakanmenggunakan sensor kamera Samsung ISOCELL HPX 200MP yang diubahsuai. Selain itu, reka bentuk hadapan peranti menunjukkan potongan berbentuk pil yang mungkin menempatkan dwi-kamera hadapan 50MP.

    Siri HONOR 80 akan membawakan tiga model iaitu HONOR 80 SE, HONOR 80 dan HONOR 80 Pro. Sebelum ini, telah disahkan bahawa HONOR 80 dan varian Pro akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 782G (tidak diumumkan) dan Snapdragon 8+ Gen 1.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

    Sumber: Gizmochina

     

    Artikel Terkini

    Spotify Running Mode dilancar untuk pengguna iPhone, lagu ikut BPM dan jenis latihan

    Spotify secara rasmi melancarkan ciri Running Mode bagi memberikan pengalaman pendengaran muzik yang disesuaikan mengikut aktiviti larian pengguna. Ia ditawarkan khusus untuk...

    Google Earth kini boleh hasilkan visual sejarah, infografik dan pelan bangunan menerusi AI

    Google secara rasmi melancarkan integrasi keupayaan jana imej berasaskan AI menerusi model Nano Banana 2 ke dalam platform Google Earth versi web....

    Coway raikan 20 tahun dengan pelancaran siri peti sejuk pertama di Malaysia

    Selepas dua dekad bertapak di Malaysia, Coway kini membuka babak baharu menerusi pelancaran kategori produk pertamanya dalam segmen peti sejuk. Menariknya, Malaysia...

    BYD SEALION 7 varian Dynamic rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM159,800

    BYD Sime Motors melancarkan model SUV elektrik BYD SEALION 7 (2026) untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan varian baharu Dynamic selain menaik taraf...

    Gemini Spark dilancar di Malaysia — Agen AI 24 jam dikuasakan Gemini 3.6 Flash

    Google melancarkan Gemini Spark di Malaysia iaitu sebuah agen AI latar belakang yang berfungsi secara berterusan 24 jam sehari untuk menguruskan tugasan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured