More

    Siri HONOR 90 5G pecah rekod, jualan hari pertama dapat sambutan orang ramai

    Telefon pintar kelas pertengahan siri HONOR 90 5G telah mendapat sambutan hangat daripada orang ramai untuk jualan hari pertama. Untuk pengetahuan anda, HONOR telah melancarkan HONOR 90 5G dengan versi RAM 12GB + ROM 512GB dan RAM 12GB + ROM 256GB. HONOR 90 Lite 5G pula menawarkan RAM 8GB + ROM 256GB. 

    HONOR 90 hadir dengan Snapdragon 7 Gen 1, RAM LPDDR5 12GB dan storan UFS 3.1 512GB. Skrinnya menggunakan panel AMOLED Quad Curved 6.7 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 50 MP manakala bahagian belakang terdapat kamera utama 200MP, ultra lebar dan makro 12MP serta kamera kedalaman 2MP.

    HONOR 90 Lite 5G menggunakan cipset MediaTek Dimensity 6020 5G dan paparan LTPS LCD 6.7 inci dengan resolusi FHD+. Panel ini dilengkapi dengan kadar penyegaran semula 90Hz dan nisbah skrin ke badan 93.6%. Terdapat kamera swafoto 16MP yang terletak pada lubang tebuk atas tengah skrin.

    HONOR turut menyediakan jerayawara yang akan berlangsung di pusat beli-belah 1 Utama, Bandar Utama bermula 26 hingga 30 Julai ini. Pembeli HONOR 90 5G jerayawara 1 Utama berpeluang membawa pulang hadiah menarik bernilai sehingga RM13,900.

    Jerayawara ini bakal menampilkan pempengaruh teknologi, Ke En, yang akan menghiburkan pengunjung pada 29 Julai, jam 1 tengah hari hingga 3 petang. Peminat selebriti China, Yang Yang juga boleh mengambil bahagian untuk berpeluang memenangi hadiah istimewa. Selain itu, pengunjung boleh mencuba minuman baharu unik gabungan Pepsi & Zus.

    Ketahui lebih lanjut mengenai siri HONOR 90 5G di laman web rasminya di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured