More

    Siri HONOR Magic 7 dijangka bawa 4 pilihan warna dan storan tambahan

    HONOR Magic 7 dan 7 Pro dijangka dilancarkan pada 23 Oktober 2024 dengan kedua-dua model dilengkapi cipset terkini siri-Snapdragon 8 oleh Qualcomm yang mungkin dinamakan Snapdragon 8 Gen 4 atau Snapdragon 8 Gen Elite.

    Penganalisis Stesen Sembang Digital telah berkongsi butiran tentang pilihan warna dan konfigurasi storan untuk kedua-dua model di mana Magic 7 standard hadir dalam empat warna dan varian Emas eksklusif manakala versi Pro menawarkan pilihan storan tambahan 256GB.

    Siri Magic 7 ini dilengkapi dengan ciri-ciri canggih seperti 3D Face Unlock yang ditambah baik, sensor cap jari ultrasonik dan kamera zum periskop yang dinaik taraf. Model ini dijangka menggunakan sensor OV50H dari OmniVision bersama-sama dengan sensor telefoto periskop 50MP dan sensor ketiga yang berkemungkinan ultra lebar.

    HONOR Magic 7 Pro juga dikhabarkan akan mempunyai peningkatan besar dalam teknologi pengecasan pantas dengan bateri 5,620mAh yang menyokong pengecasan berwayar 100W dan pengecasan wayarles 80W. Dengan spesifikasi tinggi dan ciri-ciri terkini, siri Magic 7 ini dilihat sebagai pilihan telefon pintar yang berkuasa dan kompetitif di pasaran.

    Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Weibo

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured