More

    Siri HONOR Magic3 dilancar: Miliki cipset Snapdragon 888+, pengecasan 66W dan pengiktirafan IMAX, berharga ~RM4,464

    HONOR telah kembali ke segmen andalan dengan siri Magic3-nya yang hebat. Magic3 ialah siri telefon pintar andalan pertama HONOR selepas keluar daripada HUAWEI. Mari kita merungkai spesifikasi dan ciri teknologi yang dibawa oleh Magic3, Magic3 Pro dan Magic3 Pro Plus yang sangat dinanti-nantikan!

    HONOR Magic3 dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 888 sementara varian Pro dan Pro Plus pula menggunakan Snapdragon 888+ terkini. Pada bahagian hadapan, telefon ini menampilkan paparan OLED 1344p 6.76 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan lengkungan di sekitar sisi peranti.

    Semua varian dikuasakan bateri 4,600mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar sehingga 66W. Bagi model Pro dan Pro Plus, terdapat sokongan tambahan iaitu pengecasan wayarles hingga 50W dan pengecasan tanpa wayar berbalik.

    Bahagian yang paling menarik daripada siri Magic3 ini adalah bahagian fotografinya. Magic3 dilengkapi dengan sistem tiga kamera yang merangkumi kamera utama 50MP 1/1.56 inci, ultra-lebar 13MP 1/1.31 inci dan kamera monokrom 64MP. Sementara itu, Magic3 Pro dan Pro Plus ditambah ciri-ciri lain seperti kamera telefoto 64MP dengan sensor 1/2-inci, zum optik 3.5x dan Optical image stabilization (OIS).

    Akhir sekali, Pro Plus juga menggunakan sensor 1/1.28 inci yang lebih besar pada kamera utama 50MP dan ditingkatkan resolusi sensor ultra-lebar menjadi 64MP. Sekiranya anda tidak dapat membezakan setiap model, Pro dan Pro Plus sahaja mempunyai sistem kamera quad.

    HONOR Magic3 Pro Plus

    Siri Magic3 juga merupakan telefon pintar pertama yang melepasi piawaian IMAX Enhanced bagi memaparkan kandungan dengan warna dan resolusi yang tepat. Perlu disebutkan juga bahawa siri Magic3 menyokong Google Mobile Service.

    Siri HONOR Magic3 akan muncul di China sebelum dipasarkan ke pasaran global dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, harga untuk pasaran Eropah telah diumumkan pada hari pelancarannya.

    Magic3 akan bermula pada € 899 (~RM4,464), Magic3 Pro pada € 1099 (~RM5,457) dan Magic3 Pro Plus pada harga 1499 € (~RM7,443). Untuk pilihan warna, warna yang tersedia ialah Golden Hour, putih, hitam, Blue Hour vegan leather, hitam seramik dan putih seramik bergantung pada variannya.

    "
    "

    Adakah anda meminati siri andalan HONOR Magic3 ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: TechNaveEN

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...