More

    Siri HONOR Magic5 dan Magic Vs dinamakan sebagai telefon terbaik di MWC oleh media terkemuka dunia

    HONOR telah melancarkan siri HONOR Magic5 dan telefon lipat HONOR Magic Vs di Mobile World Congress (MWC) Barcelona 2023, Sepanyol. Beberapa media terkemuka global telah menamakan Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs sebagai telefon pintar terbaik di MWC kerana kejuruteraan yang inovatif dan ciri-ciri premium yang diiktiraf ramai.  

    Pada acara MWC, HONOR menerima sebanyak 42 anugerah dari media dengan 18 daripadanya milik HONOR Magic5 Pro dalam pelbagai kategori. Android Authority berkata HONOR Magic5 Pro memiliki ciri-ciri terbaik dalam industri dan berjaya mengalahkan pencabarnya dengan bergaya.

    Trusted Review pula menggambarkan HONOR Magic5 Pro sebagai telefon pintar android Flagship yang dilengkapi dengan teknologi kelas atasan. Media teknologi yang terkenal seperti Tom’s Guide menyatakan HONOR Magic5 Pro sebagai Telefon Terbaik yang dipamerkan di MWC 2023.

    Sementara itu, telefon boleh lipat terbaharu HONOR Magic Vs yang diperkenalkan kepada pasaran global pada MWC turut menerima tumpuan hebat. Menurut XDA Developers, HONOR Magic Vs adalah telefon boleh lipat kegemaran laman web komuniti elektronik dan telefon pintar tersebut di pasaran. 

    Majalah teknologi dalam talian terbesar MakeUseOf dalam ulasannya mengatakan HONOR Magic Vs tampil dengan rekaan dan sentuhan mewah di setiap inci selain menawarkan inovasi tulen dalam pasaran telefon boleh lipat. 

    Untuk maklumat lanjut mengenai Siri HONOR Magic5 dan HONOR Magic Vs, sila layari laman web rasmi HONOR. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured