More

    Siri HUAWEI Mate 40 mungkin hadir dengan kamera beresolusi 108 MP

    Telefon pintar HUAWEI siri Mate sentiasa hadir dengan spesifikasi yang menonjol dan rapat dengan hati peminat gajet di Malaysia. Kini, sumber menyatakan generasi seterusnya dari siri Mate, HUAWEI Mate 40, bakal hadir dengan kamera beresolusi 108MP yang mempunyai prestasi yang lebih bagus dari generasi sebelumnya.

    Sensor kamera dikatakan akan menggunakan lensa 9P dan dapat menghasilkan gambar yang lebih cantik dari sensor kamera 108MP yang lain seperti yang hadir pada Xiaomi Mi Note 10 Pro yang hanya menggunakan lensa 8P.

    Siri Mate 40 juga dijangkakan akan menggunakan cipset bersaiz 5nm yang diberi nama Kirin 1000 dan berbeza dengan siri Mate 30, siri Mate 40 berkemungkinan tidak akan hadir dengan varian 4G apabila dilancarkan pada Oktober nanti.

    Anda teruja dengan siri Mate yang baru dari HUAWEI? Beritahu kami di Facebook pendapat anda tentang siri telefon pintar ini. Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Garmin Approach S72 dan Enduro 4 dilancar di Malaysia, fokus Golf dan sukan ekstrem...

    Garmin secara rasmi membawa masuk dua jam tangan pintar kategori prestasi ke pasaran Malaysia iaitu Garmin Approach S72 dan Garmin Enduro 4....

    Bas elektrik tanpa pemandu beroperasi di MRT Putrajaya Sentral — Tambang cuma RM1

    Perkhidmatan bas elektrik otonomi tanpa pemandu kini mula beroperasi secara rasmi bagi fasa ujian jalan raya di kawasan Putrajaya, berpusat dari stesen...

    Acer Swift Air 14 rasmi di Malaysia dengan Intel Core 7 350, berat 1.19kg...

    Acer Malaysia secara rasmi membawa masuk komputer riba baharu Acer Swift Air 14 ke pasaran tempatan. Model nipis dan ringan ini ditawarkan...

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured