More

    Siri HUAWEI Mate 50 dilancar di Malaysia: SD 8+ Gen 1 4G, XMAGE dan EMUI 13

    Selepas dilancarkan di China pada September lalu, ia kini telah tiba di Malaysia secara rasmi. HUAWEI Malaysia telah melancarkan siri Mate 50 terbaharu. Siri telefon pintar ini hadir dengan dua varian iaitu Mate 50 dan Mate 50 Pro. Terdapat spesifikasi yang menarik pada siri ini antaranya ialah XMAGE.

    Teknologi ini mempunyai empat asas teknikal utama dan menurut HUAWEI, XMAGE ialah pengimejan mudah alih termaju. Ia akan menawarkan pengalaman imej yang unik, luar biasa dan cantik kepada penggunanya. Siri HUAWEI Mate 50 juga merupakan model pertama yang memperkenalkan teknologi ini.

    HUAWEI Mate 50

    Bermula daripada Mate 50, ia menggunakan skrin rata OLED 6.7 inci dan menyokong resolusi 2700 x 1224. Terdapat juga kadar penyegaran 90Hz dan kadar pensampelan sentuhan 300Hz. Ia juga menyokong pemalapan 1440Hz PWM dan paparan warna utama 1.07 bilion. Peranti ini memuatkan bateri berkapasiti 4,460mAh dengan teknologi pengecasan wayarles 66W dan 50W.

    Varian standard datang dengan tiga sensor kamera di bahagian belakang. Terdapat kamera sudut ultra lebar 13MP (f / 2.2, penangkapan super makro), kamera telefoto periskop 12MP (RYYB, zum optik 5x, f / 3.4, penstabilan imej optik OIS, julat Zum 100x: 13mm – 1350mm) dan kamera pembolehubah ultra optik 50MP (RYYB, f/1.4-f/4.0, sensor fokus laser, sensor berbilang spektrum 10 saluran).

    HUAWEI Mate 50 Pro

    Selepas itu, Mate 50 Pro memaparkan skrin 6.74 inci yang menyokong kadar penyegaran 120Hz yang lebih tinggi. Teknologi paparan lain adalah sama tetapi ia dilengkapi pengimbas muka 3D tambahan selain pengimbas cap jari bawah skrin. Baterinya lebih besar pada 4,700mAh ditambah dengan pengecasan berwayar 66W.

    Mate 50 Pro mempunyai tiga kamera dengan kamera sudut ultra lebar 13MP (f / 2.2, penangkapan super makro), kamera telefoto periskop 64MP (RYYB, zum optik 3.5x, f / 3.5, penstabilan imej optik OIS, 200 julat zum dua kali: 13mm-2700mm) dan kamera pembolehubah super optik 50MP (RYYB, f/1.4-f/4.0, penstabilan imej optik OIS, sensor cahaya jarak dekat, sensor fokus laser, sensor berbilang spektrum 10 saluran).

    Dengan pelancaran peranti ini, HUAWEI menjadi syarikat pertama yang memperkenalkan mesej satelit Beidou pada telefon pintar membolehkan pengguna menghantar teks dalam persekitaran tanpa rangkaian. Peranti itu akan mula dijual di seluruh Malaysia bermula 3 November ini.

    Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi HUAWEI Malaysia. Untuk maklumat tempahan, anda boleh klik di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "
     

    Artikel Terkini

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    NEXAL Pad rasmi di Malaysia dengan skrin 2.5K 11″ dan bateri 10,000mAh berharga RM1,099

    NEXAL melancarkan tablet julung kalinya untuk pasaran tempatan menerusi penawaran NEXAL Pad. Peranti disasarkan untuk kegunaan produktiviti dan harian dengan menampilkan rekaan...

    Anker Soundcore AeroClip 2 dilancar dengan cip AI THUS dan bateri 32 jam berharga...

    Anker melancarkan Soundcore AeroClip 2 dengan reka bentuk jenis klip terbuka yang dijana oleh cip pemproses khas AI THUS. Ia berfungsi memproses...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured